Sunday 15 July 2012

Rangkuman Liga Jelajah GEMA 2012

Alhamdulillah semua dipermudahkan dan berjalan dgn jayanya. Akhirnya berlabuh sudah Liga Jelajah GEMA 2012. Pihak pengurusan ingin merakam berbanyak terima kasih kepada pihak sponsor, Wan Muhammad Wan Ibrahim selaku Pengarah Liga, En Razak Hashim selaku ketua pengadil dan pengurusan padang, Kelab UKRC dan semua pasukan dan pemain yg telah menjayakan liga ini. Commitment dan semangat kesukanan yg tinggi telah diberikan oleh semua cukup dihargai pihak pengurusan. Berikut adalah summary Liga Jelajah GEMA :

Juara                           - Selayang fc
Naib Juara                   - DEY-1 fc
Tmpt 3                        - Danau Kota cf
Tmpt 4                        - Zero One fc
Pertahanan Terbaik      - DEY-1 fc
Serangan Terbaik         - Chekeliut fc
MVP 2012                  - Syed Mohsin Syed Muhammad (Selayang fc)
Kasut Emas 2012        - Mohd Fadzly Jaafar (Danau Kota cf)
Fair Play 2012             - GEMA fc


Berikut adalah perbelanjaan Liga Jelajah GEMA 2012.

DEBIT  - Yuran penyertaan - RM   800.00
                Sponsor              - RM 2,320.00
                Duit pdg final       - RM    260.00 - pasukan terlibat di final
                      Jumlah           - RM 3,380.00


KREDIT- Kayu bendera     - RM   14.00
              - Top up Umobile  - RM   60.00
              - Match Ball          - RM 310.00
              - First Aid             - RM   54.00
              - Air Kotak           - RM   62.00
              - Pengadil              - RM 150.00
              - Banner                - RM 150.00
              - Tunai MVP         - RM   50.00
              - Tunai Kasut Emas- RM  50.00
              - Hadiah                 - RM 500.00
              - Pdg UKRC          - RM 400.00
              - Hamper                - RM  80.00
              - Hadiah Tunai        - RM 1,500.00
                       Jumlah           - RM 3,380.00


Akhir kata dari pihak pengurusan, sekiranya ada kekurangan dan tidak berpuas hati sepanjang liga ini dijalankan, kami memohon maaf dan insyaallah akan memperbaiki kelemahan yg ada. Yg buruk dtg daripada kami dan yg baik daripada Allah. Jika ada rezeki Insyaallah kita jumpa di edisi Liga Jelajah GEMA 2013.
SEKIAN.

Friday 13 July 2012

MAKLUMAN & TROFI

TROFI





PIALA 2012
          MVP AWARD                                                                                            KASUT EMAS

Pihak pengurus berharap minggu terakhir akan berjalan dgn lancarnya. Setiap pasukan diminta memastikan ketepatan dari segi masa dan set jersey yg seragam. Kerjasama amat dihargai. Pengadil perlawanan akhir akan diadili ketua pengadil iaitu En Razak Hashim. Pihak pengurusan juga telah melihat keadaan padang di UKRC Ampang dgn pdg rumput baru dipotong dan line baru dibuat. Dengan keadaan padang boleh dikategori 1st class diharap mutu permainan dapat dihasilkan. Pihak pengurusan juga akan menyediakan tempat sembahyang, tempat duduk, air mineral dan air kotak. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana dan kehangatan perlawanan akhir Liga Jelajah GEMA 2012.

Mengenai penjaring terbanyak juga, diingatkan sekali liga, Fadzly dan Danial Syazwan terikat dgn 13 gol. namun Danial Syazwan masih mendahului disebabkan kurang perlawanan. Fadzly perlu sekurang-kurangnya menjaringkan 1 gol ketika melawan Zero One fc utk digelar sebagai penjaring terbanyak.

Pihak pengurusan berharap semua pasukan akan menghantar wakil utk pemulangan wang deposit dan Insyaallah pihak pengurusan akan menganjurkan lagi satu pertandingan berformatkan Piala F.A iaitu kalah mati. Dijangka bermula pada minggu pertama bulan Oktober. Cabutan undi akan dibuat pada 15hb ini. Tiada yuran dikenakan dan Juara dan naib juara shj akan menerima hadiah. Trofi juara dan rm400 untuk pemenang dan rm200 untuk naib juara. Juara dan naib juara liga Jelajah GEMA akan menerima bye pada pusingan pertama. Syarat dan peraturan yg lain akan diberitahu kelak.



Monday 9 July 2012

08 JULAI 2012 - SELAYANG FC (4) - ZERO ONE FC (1)


SEMI FINAL 2

Selayg fc 4 vs Zero One 1



Sesi bersalam sebelum perlawanan dimulakan.

Perlawanan yg menarik telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Selayang fc turun dgn barisan terkuat lebih mendominasi perlawanan ini dgn kawalan yg kemas dan lebih banyak melancarkan serangan merbahaya. Manakala Zero One fc turun tanpa tonggak dan juga ketua pasukan iaitu Ibrahim Rasol sedikit sebanyak menganggu rentak permaianan apabila Afif terpaksa mengisi kekosongan pertahanan kiri memandangkan Afif lebih gemar menyerang. Pada awal perlawanan juga menyaksikan penyerang merbahaya Selayang fc iaitu Mamak juga telah mengelami kecederaan dan beliau boleh dikira doubtful utk perlawanan akhir pada 15hb ini. 

Selayang fc mendahului apabila Mohsin bijak mengunakkan peluang yg ada apabila melakukan satu skill tendangan tonjol ke sebelah kiri pintu gol. Mohsin juga menjadi wira Selayang fc apabila berjaya menjaringkan 2 gol lagi melalui jaringan one by one dan peluang dari jarak dekat. Farid penjaga gol Zero One fc yg cemerlang sepanjang liga ini tidak mampu utk menyelamatkan jaringan yg dilakukan. Bertambah parah buat Zero One fc apabila Selayang fc dihadiahkan tendangan penalti apabila salah seorang pemain mereka menjatuhkan pemain Selayang fc. Mahadi mudah menjaringkan gol tersebut.

Zero One fc seperti hilang punca dan lebih mengikut rentak permainan Selayang fc dan pada suatu ketika tiada rembatan shot on target dilakukan dan lebih bnyk bertahan. Namun semangat pemain-pemain Zero One fc harus dipuji walaupun ketinggalan 4-0 mereka tetap bermain sehingga ke wisel penamat dan hasilnya satu sepakan penalti diberikan apabila pada minit-minit akhir apabila kecuaian pemain Selayang fc memegang bola setelah menyangka bola tersebut keluar dari kawasan permainan. Mohd Hazeeq Hashim mudah menjaringkan gol tersebut. Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

STATISTIK

Sunday 8 July 2012

07 JULAI 2012 - DEY-1 FC (4) - DANAU KOTA CF (2)

SEMI FINAL 1


DEY-1 fc VS Danau Kota cf
      (4)                        (2)


Sesi bersalam sebelum perlawanan dimulakan.

Perlawanan yg cukup menarik telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama lebih didominasi pasukan DEY-1 fc dan pada suatu ketika permainan agak berat sebelah. DEY-1 fc lebih terdahulu melakukan serangan melalui penyerang berbisa mereka Hafiz a.k.a Jawa yg hanya berhadapan penjaga gol namun berjaya diselamatkan dan sekali lagi mendapat peluang yg sama apabila gerakan menarik one two dgn Shahir namun kali ini sepakan beliau tersasar. Akhirnya peluang ke 3 baru lah Hafiz berjaya menjaringkan gol hasil tendangan penjuru sebelah kiri. Aizat membuat sepakan bahaya dan Hafiz berjaya menanduk masuk setelah tiada yg mengawal beliau dlm kotak penalti. Peluang utk DEY-1 fc menambah jaringan hampir dilakukan oleh Mansur selepas gerakan menarik one two dgn Hafiz namun tendangan beliau juga tersasar. Danau Kota cf mempunyai peluang hasil tendangan mengelirukan Yus namun hanya singgah di tiang gol dan 2 percubaan Fadzly ke arah gol namun tendangan beliau lemah.

Separuh masa kedua bermula lebih rancak dan kebangkitan Danau Kota cf bermula apabila tendangan percuma jarak 25 meter diambil Fadzly cukup cantik singgah di palang gol namun melantun terkena badan penjaga gol dan masuk ke dalam gol. Tidak sampai 2 minit kemudian Fadzly sekali lagi menjaringkan gol hasil sepakan percuma yg diambil oleh Fadzrul yg menendang ke far post dan Fadzly yg tidak dikawal mudah menanduk menewaskan penjaga gol DEY-1 fc. Pada ketika ini Danau Kota cf telah mengawal permainan dan lebih tersusun.

Jaringan tersebut telah membuatkan perlawanan ini bertambah rancak. DEY-1 fc berjaya menyamakan kedudukan hasil gerakan solo menarik Shahir yg mengelecek 2 pemain dan melepaskan sepakan padu kaki kanan masuk ke penjuru kanan gol. Semangat dgn gol tersebut, asakan demi asakan dilakukan dan akhirnya Ebab telah membuat kesilapan apabila mengasari pihak lawan dlm kotak penalti dan pengadil tidak teragak utk memberi tendangan penalti. Aizat mengambil tendangan tersebut dan dgn mudah menjaringkan gol. Gol tersebut sedikit sebnyak melemahkan semangat dan tidak dibantu dgn kecederaan fazdly dan Fadzrul dan akhirnya gol ke 4 berjaya dihasilkan pasukan DEY-1 fc apabila sepakan percuma jarak 25 meter cantik diambil Aizat namun berjaya ditepis penjaga gol namun bola rebound tersebut berjaya disambar oleh Nik dan menjaringkan gol dan sekali gus meranapkan kebangkitan Danau Kota cf utk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ini ke tendangan penalti. Keputusan ini kekal sehingga ke wisel penamat.

STATISTIK



Wednesday 4 July 2012

MAKLUMAN

Peringkat separuh akhir akan diadakan di padang biasa dan sekiranya perlawanan terpaksa ditunda tarikh baru yg akan diberikan pihak pengurusan kepada setiap pasukan yg terlibat perlu patuhi. Ini kerana tarikh final telah ditetapkan iaitu pada 15 Julai. Harap semua pasukan bersedia dgn sebarang perubahan.

Format separuh dan akhir tiada masa tambahan. Terus kepada sepakan penalti sehingga terdapat keputusan dan tiada tost coin. Pemain yg menerima kad merah secara automatik digantung pada perlawanan akhir. Pendaftaran pemain baru tidak dibenarkan. Sekiranya pihak pengurusan mendapati terdapat muka baru dan nama tiada pada pendaftaran, pihak pengurusan tidak akan membenarkan pemain tersebut bermain. Harap perkara ini tidak akan berlaku.

Perlawanan akhir dan tempat ke 3 dan ke 4 akan berlangsung di pdg UKRC Ampang. Perlawanan pertama akan bermula tepat pada pukul 3.30ptg. Harap semua pemain hadir pada pukul 3.00ptg. Perlawanan akhir bermula pukul 5.00 ptg dan berharap semua pemain dpt hadir pada pukul 4.30ptg. Tempat sembahyang akan disediakan. Pembayaran padang adalah seperti biasa iaitu rm130. Pihak pengurusan juga berharap semua pasukan dpt memakai jersey satu set lengkap memandangkan kehadiran tetamu hormat utk merasmikan perlawanan ini. Jika tiada, boleh pinjam atau sekurang-kurangnya memakai warna yg sama walaupun pun berlainan design dan jenama.

Wang deposit akan dipulangkan pada 15hb dan berharap semua pasukan dpt menghantar wakil. Resit rasmi untuk pendaftaran juga akan diberikan mengikut nama pasukan.

Berikut adalah hadiah menanti pemenang -

Juara           - Trofi + medal + rm700
Naib Juara  - Medal + rm500
Ke-3          - Medal + rm300
Ke-4          - Hamper
MVP          - Trofi + rm50
Penjaring    - Trofi + rm50
terbanyak


Pihak pengurusan mengucapkan selamat berjaya utk semua pasukan dan berharap perlawanan berkualiti dan semangat kesukanan dpt ditunjukkan. Sekian.

Monday 2 July 2012

LAPORAN MINGGU KE 11

Alhamdulillah minggu ke 11 berjalan dgn jayanya. Liga Jelajah GEMA menuju ke kemuncak dengan 4 pasukan telah mengesahkan tiket ke separuh akhir iaitu DEY-1 fc, Zero One fc, Selayang fc dan Danau Kota cf. GEMA fc tercicir setelah dibezakan dgn jaringan gol dan Jernih fc berada di tangga tercorot liga.

Jaringan hatrick oleh Danial Syazwan daripada pasukan Chekeliut fc telah meletakkan beliau mendahului penjaring terbanyak dgn 13 gol dan tidak mempunyai baki perlawanan. Mohd Fadzly daipada Danau Kota cf mengekori rapat dgn 11 gol dan mempunyai baki 2 perlawanan.

Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jernih fc kerana memberi keizinan sekali lagi utk menggunakan padang mereka dan En Ayie memberi pinjam bola match ball. Peringkat separuh akhir akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini pada pukul 5 di pdg Batu Muda Sentul dan berharap semua dapat hadir utk memeriahkan lagi perlawanan ini.

Perlawanan akhir pada 15hb akan berlangsung di padang UKRC Ampang. Untuk perlawanan tempat ke 3 dan 4 perlawanan akan bermula tepat 3.30ptg dan bukan pukul 4ptg. Perlawanan akhir pula mungkin bermula 4.45 atau pukul 5.00ptg. Diharap semua pasukan terlibat dpt hadir awal dan memakai satu set lengkap dan sekiranya tiada, pihak pengurusan berharap sekurang-kurangya memakai warna yg sama walaupun berlainan jenama. Masa adalah penting kerana akan melibatkan perasmian dan pemberian hadiah kepada pemenang. Kerjasama semua pasukan amat diperlukan.

Sama-sama kita berdoa agar 2 minggu terakhir ini akan berjalan dengan lancar dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Sekian.

01 JULY 2012 - SELAYANG FC (1) - DANAU KOTA CF (1)

Perlawanan yg cukup mendebarkan, menarik dan bermain dgn semangat kesukanan telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Bermula sedikit perlahan kerana bermain agak berhati-hati dan masing-masing tidak mahu melakukan kesilapan. Namun babak ke dua bermula serangan demi serangan mula dilancarkan oleh kedua-dua pasukan dan hasilnya satu sepakan penalti telah diperolehi pasukan Selayang fc apabila penjaga gol Danau Kota cf jelas menolak pemain Selayang fc dari belakang. Dengan mudah sepakan penalti tersebut disudahkan.

Setelah ketinggalan, Danau Kota cf tidak putus asa hasil usaha Yus, Fadzrul dan Fadzly yg cuba mencari satu gol keramat yg dicari-cari. Hasilnya seminit sebelum wisel penamat dibunyikan, Mohd Fadzly menjadi wira pasukan Danau Kota cf apabila membuat satu rembatan kaki kanan 1st time dari jarak 30 meter setelah melihat kedudukan penjaga gol Selayang fc sedikit keluar dari posisi. Rembatan tersebut mengejutkan penjaga gol Selayang fc yg tidak menyangka rembatan tersebut akan dilakukan dari jarak tersebut. Gol tersebut merupakan gol ke 11 peribadi. Keputusan seri ini cukup berharga buat Danau Kota cf utk memberi tekanan buat GEMA fc utk menang dgn jaringan 6-0.

01 JULY 2012 - PMCARE FC (3) - JERNIH FC (2)

Kemenangan PMCARE fc telah melonjakkan pasukan mereka ke tangga 8 liga. Walaupun bermain di tempat sendiri gagal membantu Jernih fc untuk tidak mengakhiri liga berada di tangga tercorot. Keputusan muktamad PMCARE fc 3 dan Jernih fc 2.

01 JULY 2012 - GEMA FC (4) - ALIFF ALROJA (0)

GEMA FC mencatat kemenangan 4-0 ke atas Aliff Alroja petang semalam, namun belum cukup untuk memastikan tempat ke separuh akhir Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 kerana jumlah perbezaan gol yg lebih kecil berbanding dengan pasukan di tangga keempat iaitu Danau Kota CF yg seri 1-1 dgn Selayang FC dlm perlawanan yg berlangsung sebelum itu. Pujian wajar diberikan kepada para pemain GEMA yg bertungkus-lumus menyerang ke kubu Aliff Alroja sejak wisel permulaan dgn formasi 3-5-2 dlm usaha merealisasikan "misi mustahil", menang dgn keputusan 6-0. Namun, GEMA hanya memperoleh 1 gol dalam separuh masa pertama melalui Faizul, manakala beberapa percubaan lain oleh para pemain GEMA gagal dimanfaatkan. Malah hampir 10 kali para penyerang GEMA gagal melepasi perangkap offside pertahanan lawan.
Permainan GEMA pada separuh masa kedua adalah lebih baik, dengan kemasukan Fauzy di jentera tengah ternyata melincirkan lagi serangan GEMA ke kubu lawan. Hasilnya, 3 gol diperoleh dlm 15 minit pertama menerusi rembatan cantik Faizul dan dua jaringan Norizwan. Namun setelah itu GEMA buntu dlm menambah jaringan. Kecekapan penjaga gol Aliff Alroja juga telah menyelamatkan pasukannya daripada dibocori dengan lebih banyak lagi. Gol ke 5 berjaya dihasilkan oleh Norizwan namun beliau berada dikedudukan offside. Asakan bertali arus 10 minit terakhir mmg cukup mendebarkan, rezeki bukan memihak kepada GEMA fc dan keputusan kekal sehingga ke wisel penamat. 

Sunday 1 July 2012

30 JUNE 2012 - DEY-1 FC (4) - TDK fc (0)

Kemenangan ini meletakkan DEY-1 fc menduduki takhta liga dan menunggu lawan diperingkat separuh akhir antara Danau Kota cf, Selayang fc atau GEMA fc. Jaringan dari Hafiz, Zul dan Farid 2 gol dan dikhabarkan ini merupakan gol pertama beliau sepanjang karier bermain bola. Dominasi yg ditunjukkan dari awal perlawanan hingga ke wisel perlawanan dan TDK fc tiada tujuan utk dikejarkan membuatkan perlawanan ini berat sebelah.

Saturday 30 June 2012

30 JUNE 2012 - ZERO ONE FC (2) - CHEKELIUT FC (5)

Chekeliut fc mengakhiri saingan liga dgn kemenangan bergaya mengatasi Zero One fc dgn jaringan 5-2. Namun pasukan Zero One fc banyak merehatkan pemain utama dan memberi peluang kpd pemain simpanan beraksi memandangkan mereka telah menempahkan tiket ke separuh akhir. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Danial Syazwan dgn menjaringkan hatrick. 2 melalui tandukan cantik dan 1 dari jarak dekat. Ini merupakan jaringan ke 13 peribadi beliau. Satu jaringan cantik dari Sollehin dgn jarak hampir 30 meter dan 1 daripada Yuhanis Hidayat menambah derita Zero One fc. Zero One fc membalas hasil jaringan Muhaimin dan Mohd Hafiz.

Monday 25 June 2012

MAKLUMAN


Pihak pengurusan ingin memaklumkan sekali lagi mengenai peraturan pertandingan dan beberapa highlight penting supaya tiada berlakunya kontroversi atau protes. Berikut beberapa perkara yg penting :

1. Kedudukan liga dikira pada jumlah mata, sekiranya jumlah mata yg sama, jumlah jaringan tolak     
    jumlah bolos diambil kira, jika sama juga perbezaan, jumlah jaringan siapa banyak dikira  
    terlebih dahulu, sekiranya, sama juga, jumlah bolos paling sikit dikira dan jika sama juga,
    perlawanan play off akan dilakukan.

2. Penjaring terbanyak pula dikira sekiranya mempunyai jumlah yg sama, pemain yg bermain
    kurang dikira pemenang. Cth : Fadzly jaring 12 gol tapi jaringan dibuat pada peringkat
    separuh akhir dan akhir tapi Danial jaring yg sama 12 gol tapi main peringkat liga sahaja.
    Danial dikira pemenang. Sekiranya 12 gol ini dijaring ketika peringkat liga sahaja tiada
    tambahan pada peringkat separuh akhir dan akhir, pihak pengurus akan memilih kedudukan
    pasukan siapa yg lebih baik.

3. Segala keputusan pengadil adalah muktamad.

4. Pada peringkat separuh akhir, sekiranya tamat 80 minit, tiada masa tambahan dilakukan, terus
    Kepada tendangan penalti. Semua kad kuning diperingkat liga akan ditarik. Hanya pemain yg
    dilayangkan kad merah pada peringkat separuh akhir akan digantung di peringkat akhir.


Berikut situasi yg akan berlaku pada perlawanan terakhir :

1. DEY-1 fc vs TDK fc -   Bermain di pdg belakang masjid. Sekiranya DEY-1 fc menang, mereka
                                          akan dinobatkan sebagai pendahulu liga. Jika TDK fc menang tempat
                                          ke 6 pasti.

2. Zero One fc vs Chekeliut fc -    bermain di pdg belakang masjid. Sekiranya Zero One fc mng   
                                                    dan DEY-1 fc kalah. Zero one akan dinobatkan sebagai
                                                    pendahulu liga dan sekiranya kalah tempat ke 2 atau 3 adalah
                                                    pasti. Sebarang keputusan Chekeliut fc No 6-8 adalah pasti.
                                                    Danial Syazwan dari pasukan Chekeliut fc mempunyai misi
                                                    memburu penjaring terbanyak.

3. Selayang fc vs Danau Kota cf -   Perlawanan yg dinantikan.Pihak pengurusan telah meminta
                                                       Razak Hashim menghantar pengadil yg berwibawa utk
                                                       mengadili perlawanan ini. Insyaallah. Jika salah satu pasukan
                                                       yg mng, tmpt ke 2 dan 3 adalah pasti. Sekiranya kalah ,
                                                       kedudukan bergantung pada perlawanan antara GEMA fc vs
                                                       Aliff Alroja. Sekiranya seri, kedudukan Danau Kota terkeluar
                                                       sekiranya GEMA fc dapat menewaskan Aliff Alroja dgn 
                                                       jaringan besar dgn perbezaan 6 gol. Sekiranya GEMA fc
                                                       tewas, kedua-dua pasukan akan layak ke peringkat separuh
                                                       akhir. Mohd Fadzly dari pasukan Danau Kota cf juga
                                                       memburu misi penjaring terbanyak.
                             
4. GEMA fc vs Aliff Alroja - GEMA fc mng dan bergantung kepada keadaan perlawanan
                                             Selayang fc vs  Danau Kota cf. Keputusan Aliff Alroja boleh
                                             berada dari tangga ke 6-10.

5. Jernih fc vs PMCARE fc - Bermain di pdg PPR. Perlawanan menjaga maruah untuk tidak
                                             berada di tangga tercorot liga.

Pihak pengurus mengucapkan selamat berjaya kepada semua pasukan dan berharap perlawanan terakhir ini akan memberi satu persembahan yg dramatik tanpa kontroversi dan bermain dlm semangat kesukanan. Sekian.

                                                 
                                                 

Sunday 24 June 2012

LAPORAN MINGGU KE 10

Alhamdulillah minggu ke 10 berjalan dgn jayanya. DEY-1 fc dan Zero One fc merupakan pasukan yg layak keperingkat separuh akhir dan 2 slot terakhir hanya ditentukan pada perlawanan terakhir antara Selayang fc, Danau Kota cf dan GEMA fc. Kebangkitan lewat TDK fc dgn 2 kemenangan berturut-turut juga tidak membawa sebarang makna. Hanya mengecewakan Chekeliut fc yg terkeluar dari saingan dan memberi tekanan buat Danau Kota cf.

DEY-1 fc mendahului liga dan perebutan selaku penjaring terbanyak juga cukup sengit antara Mohd Fadzly dan Danial Syazwan dengan 10 gol.

Pihak pengurusan berterima kasih kpd pasukan Jernih fc atas kesudian membenarkan bermain di pdg PPR dan kepada En Ayie memberi pinjam match ball. Beberapa maklum balas positif diterima oleh pihak pengurusan mengenai mutu pengadilan, pemain tidak memakai shin pad dan tidak memakai stokin. Pihak pengurusan akan ajukan perkara mutu pengadilan kpd En Razak selaku ketua pengadil dan kepada semua pemain mengenai shin pad dan stokin pihak pengurusan berharap pemain akan memakai dan segala kecederaan adalah atas risiko sendiri. Sekian

24 JUNE 2012 - TDK fc (5) - CHEKELIUT fc (3)


Kemenangan yg tiada makna buat TDK fc namun kekalahan buat Chekeliut fc juga telah meleburkan impian mereka utk melangkah ke peringkat seterusnya. Chekeliut fc mendahului 2-0 hasil jaringan cantik Danial Syazwan membuat rembutan padu kaki kanan jarak 25 meter dan jaringan Rahimi telah membuat perlawanan ini menjadi rancak.

Tersentak dgn 2 jaringan tersebut TDK fc bangkit dgn 5 jaringan daripada Khairul Azry 2 gol, Nizwan, Urwah dan Roswady. 2 gol hasil kesilapan penjaga gol Chekeliut fc yg gagal menangkap kemas dan mungkin disebabkan kecederaan lutut kiri sedikit sebanyak telah menganggu fokus beliau. 3 gol hasil lorongan cantik dan hanya berhadapan situasi satu lawan satu dgn penjaga gol. Chekeliut fc bangkit menjaring 1 gol hasil tandukan cantik Danial Syazwan yg gagal diselamatkan. Gol tersebut merupakan gol ke 10 peribadi dan berkongsi selaku penjaring terbanyak bersama Mohd Fadzly dari Danau Kota cf. TDK fc berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

24 JUNE 2012 - ZERO ONE fc (0) - PMCARE fc (0)

Walaupun seri, Zero One merupakan pasukan ke 2 yg layak ke peringkat separuh akhir. PMCARE fc memberi persembahan yg cukup menarik dan membuat pemain Zero One fc bekerja keras dan ini merupakan permainan yg paling baik selepas 8 perlawanan. Kecemerlangan bahagian pertahanan dan penjaga gol kedua-dua pasukan telah membuat keputusan seri 0-0.

Saturday 23 June 2012

23 JUNE 2012 - SELAYANG FC (1) - JERNIH FC (0)

3 mata berharga buat Selayang fc telah melonjak mereka ke tangga 3 dan kemenangan ini juga telah memberi tekanan buat pasukan Danau Kota cf dan GEMA fc. Bermain di tempat sendiri iaitu di padang PPR, Jernih fc gagal mengambil kesempatan walaupun diberi sokongan dari penyokong mereka. Gol tunggal dari pemain no 23 sudah cukup buat Selayang fc mengutip 3 mata berharga.

23 JUNE 2012 - DEY-1 fc (2) - CHEKELIUT fc (1)

Kemenangan ini mengesahkan DEY-1 fc utk menduduki tempat pertama atau kedua dan menempah diri ke peringkat separuh akhir. Kekalahan Chekeliut fc telah menyukarkan peluang mereka, walaupun telah mendahului melalui jaringan Khairul namun gagal menyekat kemaraan DEY-1 fc hasil jaringan Mansor dan Nik.

23 JUNE 2012 - DANAU KOTA CF (2) - TDK FC (4)

Kemenangan TDK fc 4-2, permainan yg cukup menarik, jaringan hatrick, permainan yg keras, berbalah sesama pemain sesama pasukan, kontroversi dan mutu pengadilan, ball hand atau hand ball, 2 penalti antara highlight permainan ptg tadi. Namun pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan kerana bermain dgn semangat kesukanan. TDK fc membuka jaringan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Danau Kota cf. Nazri a.k.a York tenang menyempurnakan sepakan tersebut. Danau Kota bangkit hasil 2 jaringan Mohd Fadzly dalam tempoh 3 minit apabila 2 situasi satu lawan satu dengan penjaga gol TDK fc dan dengan status penjaring terbanyak dan ketandusan gol selepas 3 perlawanan beliau tidak men sia-sia kan peluang tersebut. Ini merupakan jaringan ke 10 peribadi. TDK fc bangkit dengan 2 jaringan sebelum wisel separuh masa dibunyikan hasil rembatan padu kaki kanan Nazri ke penjuru sebelah kanan dan
mendapat sepakan penalti kedua yg telah mencetuskan kontroversi apabila bola sekali lagi terkena tangan yg menjadi persoalan sama ada ia dikira ball hand atau hand ball dan Hafiz tenang mengambil sepakan tersebut.

Kerancakan separuh masa ke dua ditunjukkan kedua-dua pasukan apabila permainan yg menarik, keras dan beberapa keputusan pengadil yg mencetuskan kemarahan kedua-dua pasukan. Mutu pengadilan mula dipertikaikan dan ketegangan mula dirasai. Keghairahan Danau Kota cf mencari gol penyamaan, satu counter attack bermula disebelah kiri bermula dari sepakan gol dan gerakan solo oleh Nazri mengelecek 2 pemain Danau Kota cf dan melepaskan satu  rembatan near post yg gagal diselamatkan penjaga gol Danau Kota cf. Ini merupakan hatrick pertama beliau. Satu gol berjaya dihasilkan oleh Danau Kota cf namun dibatalkan kerana pengadil memberitahu bola telah keluar dan sepakan penjuru diberikan. Keputusan ini telah membangkitkan kemarahan pemain dan juga penyokong Danau Kota cf yg menyaksikan permainan ini. Asakan bertali arus Danau Kota cf ke kubu TDK fc menemui jalan buntu sehingga ke wisel penamat.

Sunday 17 June 2012

LAPORAN MINGGU KE 9.

Alhamdulillah minggu ke 9 berjalan dgn jayanya walaupun dalam keadaan jerebu dan 1 perlawanan antara Chekeliut fc vs TDK fc terpaksa ditunda. Kekalahan pertama Zero One fc, kegagalan DEY-1 fc mengutip mata penuh dan kemenangan GEMA fc antara highlight pada minggu ini. Kerancakan merebut tempat ke separuh akhir terbuka luas buat Danau Kota cf, GEMA fc, Selayang fc dan Chekeliut fc telah menghangatkan lagi liga Jelajah GEMA ini. Hanya kedudukan Zero One fc dan DEY-1 fc agak selamat buat ketika ini.

Walaupun tewas, Zero One fc kekal sebagai pendahulu liga dan Mohd Fadzly dan Danial Syazwan juga kekal sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol. Mohd Fadzly sudah 3 perlawanan tidak menjaring sebarang gol. Terdapa 3 pemain akan digantung pada perlawanan berikut iaitu Mohd Rizal dari Jernih fc, Hafiz Abdul Hamid dari DEY-1 fc dan Ibrahim Rasol dari Zero One fc. Perubahan jadual juga dilakukan dan pihak pengurusan juga memohon kerjasama daripada pasukan Chekeliut fc dan TDK fc utk bermain 2 perlawanan minggu ini memandangkan masa yg tidak mengizinkan yg perlu dihabiskan sebelum tibanya bulan Ramadhan . Harap semua pasukan peka dgn perubahan ini.

Sekali lagi pihak pengurusan memohon maaf kepada pasukan Chekeliut fc dan TDK fc atas kesilapan teknikal yg tidak disengajakan. Pihak pengurusan juga ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian pasukan Jernih fc utk membenarkan perlawanan liga bermain di padang mereka dan kepada saudara Ayie dari Danau Kota cf kerana kesudian memberi pinjam sebiji bola match ball. Sekian.

17 JUNE 2012 - GEMA FC (4) - PMCARE FC (1)

GEMA FC terus merancakkan persaingan untuk mara ke separuh akhir Liga Bolasepak Jejalah GEMA 2012 apabila membenam PMCARE FC 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. GEMA FC memperoleh jaringan pertama apabila bola balingan Najmee dari sebelah kanan gagal dikeluarkan oleh pertahanan lawan lalu disambut dengan rembatan padu oleh Hasif yang terus menerjah gawang lawan. Gol kedua GEMA FC menyusul beberapa minit kemudian melalui Doe, namun sedikit kealpaan benteng pertahanan membolehkan PMCARE memecah kebuntuan melalui jaringan Jamaluddin yang melepasi perangkap offside. GEMA FC seharusnya menambah beberapa gol lagi pada separuh masa pertama melalui Matin dan Norizwan namun gagal menemui sasaran. Ketika perlawanan menghampiri pertengahan separuh masa kedua, GEMA FC memperoleh sepakan penalti apabila penyerang gantian, Harith dijatuhkan oleh pertahanan lawan. Walaupun terpaksa mengambilnya sebanyak dua kali, Faizul tetap tenang menyempurnakannya untuk gol ketiga GEMA FC. Gol keempat GEMA FC hadir melalui sepakan cantik pemain pertahanan, Hanif Shukri dari luar kotak penalti lawan yang terus menemui sudut kiri gawang, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah GEMA FC dalam 4 perlawanan terakhir. 

17 JUNE 2012 - ZERO ONE FC (0) - DANAU KOTA CF (1)

Kemenangan tipis 1-0 Danau Kota cf ke atas Zero One fc telah melenyapkan status tanpa kalah Zero One fc selepas 7 perlawanan. Kemenangan penting ini amat bermakna buat Danau Kota cf utk mengukuhkan kedudukan 4 teratas dgn cabaran yg sengit diberikan oleh pasukan dari GEMA fc, Selayang fc dan Chekeliut fc. Permainan separuh masa pertama agak perlahan dan berhati-hati ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Namun sebaik babak kedua bermula dan Danau Kota cf berjaya mendahului hasil jaringan Saiful Azlan berpunca dari sepakan percuma hantaran ke far post dan tidak dijaga dengan mudah menewaskan penjaga gol Zero One fc. Tersentak dgn jaringan tersebut Zero One fc mengandakan asakan dan peluang terbaik yg diperolehi oleh Afif yg hanya berhadapan penjaga gol Danau Kota cf, namun dikecewakan dgn ketangkasan penjaga gol Danau Kota cf yg berjaya menepis bola tersebut. Gol penyamaan yg dicari gagal diperolehi sehingga ke wisel penamat.

Saturday 16 June 2012

16 JUNE 2012 - ALIFF ALROJA (3) - JERNIH FC (2)

Kebangkitan yg ditunjukkan oleh pasukan Aliff Alroja mmg harus dipuji namun agak terlewat utk sekurang-kurang menduduki tangga ke 4. Hasil jaringan 2 gol dari Saiful Bahari dan dua kali Jernih fc bangkit utk menyamakan kedudukan hasil jaringan Shamly pemain paling senior dlm liga Jelajah GEMA ini dan Hafiz Azmi hasil daripada tendangan penjuru. Arif Mustafa muncul wira setelah mendapat lorongan cantik dan hanya berhadapan penjaga gol dan tenang menjaringkan gol.

16 JUNE 2012 - TDK FC (P) - CHEKELIUT FC (P)

Pihak pengurusan memohon maaf atas kesilapan teknikal yg tidak disengajakan dan perlawanan gantian setiap pasukan hanya perlu membayar RM80 sebagai tanda ganti rugi atas kesilapan ini. Pihak penganjur akan bertanggungjawab dan akan memastikan perkara ini sebagai pengajaran dan tidak akan berulang. Insyaallah.

16 JUNE 2012 - SELAYANG FC (0) - DEY-1 FC (0)

Keputusan seri ini menjejaskan peluang Selayang fc utk mara ke separuh akhir sekiranya Chekeliut fc dan GEMA fc berjaya mengutip mata penuh. Kedua-dua pasukan bermain agak berhati-hati dan keadaan pdg yg agak keras sedikit sebanyak menganggu rentak permainan. 2 kad kuning telah dilayangkan kepada Jawa dan Abdul Ghafar.

Wednesday 13 June 2012

Laporan Minggu ke 8

Alhamdulillah minggu ke 8 berjalan dgn berjaya dan kerancakkan utk merebut 4 slot teratas dpt dirasai. Pertemuan top 2 dan bottom 2 berkesudahan kemenangan bergaya Zero One fc dan menjadi satu-satu pasukan yg belum tewas setakat ini dan keputusan seri antara Aliff Alroja vs TDK fc telah mengakibatkan PMCARE fc berada ditangga tercorot.

Zero One fc berjaya merampas takhta liga dan Mohd Fadzly dan Danial Syazwan berkongsi sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol.

Pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan kerana menunjukkan semangat kesukanan dan displin yg jitu demi melancarkan perjalanan Liga Jelajah GEMA ini.

Terdapat sikit perubahan jadual utk game week 10. Harap semua maklum. Utk pasukan Selayang fc vs Jernih fc akan bermain di pdg PPR. Harap En Mizan dpt hubungi sy sekiranya tidak tahu pdg. Sekian.

Monday 11 June 2012

10 JUNE 2012 - TDK FC (4) - ALIFF ALROJA (4)

Terdapat 8 gol telah berjaya dihasilkan. Separuh masa pertama TDK fc telah membuka jaringan melalui Roswady hasil larian solo dan berjaya menjaringkan gol. TDK fc mendahului 2-0 hasil jaringan Nazri a.k.a York atas kesilapan pertahanan. Aliff Alroja bangkit sebelum wisel separuh masa dibunyikan hasil jaringan Saiful Bahri.

Sebaik 5 minit wisel separuh masa ke dua dibunyikan TDK fc berjaya menambah jaringan hasil rembatan Khairul Azry hasil lorongan cantik Nazri. Aliff Alroja berjaya mendapat tendakan penalti dan mudah disempurnakan oleh Al Anas. Tidak lama kemudian Nashran dari TDK fc berjaya menghasilkan gol dari jarak dekat. Sebelum itu TDK fc berjaya mendapat penalti namun gagal disudahkan oleh Roswady a.k.a Bohe.

Hasil kesilapan tersebut, Aliff Alroja telah menghukum TDK fc dgn 2 jaringan 5 minit sebelum wisel dibunyikan hasil jaringan Saiful Bahri yg berjaya menjaringkan hatrick pada perlawanan ini dan merupakan hatrick ke dua peribadi. .

10 JUNE 2012 - GEMA FC (3) - JERNIH FC (3)

GEMA FC gagal meraih tiga mata penuh apabila hanya sekadar seri 3-3 dengan Jernih FC dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. GEMA FC terlebih dahulu mencetak jaringan melalui gol "trademark" Hasif yang meloloskan diri dari sebelah kanan, berhadapan dengan penjaga gol lalu tenang merembat ke arah gawang. Namun Jernih FC bangkit dengan dua gol pantas; pertama melalui Rizal yang menyempurnakan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Kyaw, dan kedua melalui tandukan jarak dekat Hafiz Azmi. Pada separuh masa kedua GEMA FC menggandakan asakan dan hasilnya memperoleh gol penyamaan melalui Fawwaz yang menolak masuk hantaran lintang Ammar Roslan dari sebelah kiri. Beberapa minit kemudian GEMA FC memperoleh gol ketiga melalui Harith yang tenang mengawal bola di dalam kotak penalti lalu merembat menewaskan penjaga gol lawan. Namun ketika perlawanan hampir memihak kepada GEMA FC, Hafiz Azmi muncul menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan.

Sunday 10 June 2012

09 JUNE 2012 - CHEKELIUT FC (3) - PMCARE FC (1)

Kemenangan ke 3 diperolehi Chekeliut fc secara tidak langsung mencerahkan peluang untuk merebut 4 slot teratas liga. 2 gol yg dihasilkan oleh Helmi hasil rembatan dan tonjol jarak 20 meter menggunakan kaki kiri yg berbisa serta 1 jaringan daripada Danial Syazwan penyerang berbisa dari pasukan Chekeliut fc telah meletakkan beliau berkongsi selaku penjaring terbanyak dgn 8 gol. PMCARE fc berjaya menjaringkan 1 gol  melalui Fahmi. Kekalahan ini telah meletakkan pasukan PMCARE fc berada di tangga tercorot.

09 JUNE 2012 - ZERO ONE FC (2) - DEY-1 FC (0)

Perlawanan TOP two pada minggu ini telah menghasilkan mutu dan taktikal antara 2 pasukan terbaik liga. Kemenangan bergaya Zero One fc ke atas DEY-1 fc meletakkan mereka satu-satu pasukan yg belum tewas dalam liga Jelajah GEMA ini. Dgn kekebalan pertahanan Zero One fc meletakkan mereka mempunyai bolos yg paling kurang. Gol yang dijaringkan setiap separuh masa oleh Hafiz dan Syakir cukup buat Zero One fc merampas kedudukan takhta liga. 15 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Zero One fc bermain dgn 10 org setelah Shafiq Danial menerima kad kuning ke dua. Namun kelebihan ini gagal dimanfaatkan oleh DEY-1 fc sebaliknya Zero One fc berjaya mengekang asakan DEY-1 fc sehingga ke wisel penamat.

Thursday 7 June 2012

LAPORAN MINGGU KE 7

Alhamdulillah minggu ke 7 berjalan dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada pihak DBKL kerana telah membuat line dan memotong rumput. Keadaan padang yg selesa telah membantu mutu permainan yg baik dan beberapa keputusan yg mengejut telah terhasil pada minggu ke 7 dengan kekalahan Danau Kota cf dan Chekeliut fc pada lawan masing-masing secara tidak langsung telah merancakkan lagi liga dan kemenangan pertama diperolehi Aliff Alroja telah meletakkan TDK fc berada di tangga tercorot liga. Kemenangan Selayang fc mencerahkan peluang mereka untuk sekurang-kurangnya berada pada no 4. GEMA fc juga telah memperolehi kad kuning mereka yg pertama pada minggu ini.

Walaupun  tidak bermain minggu ini, tahniah kepada DEY-1 fc kekal sebagai pendahulu liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 8 gol untuk 7 minggu berturut-turut.

Perlawanan utk 02 June akan diupdate kemudian. Pihak pengurusan mohon maaf atas kelewatan meng update blog dan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Jernih fc, Chekeliut fc dan PMCARE fc kerana mempermudahkan urusan ketika perubahan jadual dilakukan serta terima kasih kepada Razak Hashim selaku pengurus padang dgn melakukan follow up dengan pihak DBKL sehingga berjaya diselesaikan. Sekian

03 JUNE 2012 - CHEKELIUT FC (2) - ALIFF ALROJA (5)

Aliff Alroja mencatat kemenangan pertama dalam liga apabila menewaskan Chekeliut FC 5-2. Gol pertama Alif Alroja hadir menerusi Saiful Bahri yang menyempurnakan sepakan percuma, disusuli gol kedua oleh Mohd Arif Mustafa yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya lantas menjaringkan gol dari jarak dekat. Saiful Bahri menambah derita lawan pada separuh masa pertama dengan gol ketiga menerusi gerakan solo cantik melepasi pertahanan lantas menewaskan penjaga gol Chekeliut FC. Aliff Alroja terus mengganas pada separuh masa kedua apabila menambah lagi dua gol menerusi Saiful Bahri dan Al Anas. Namun Chekeliut tidak berputus asa, hasilnya memperoleh dua gol pada lewat permainan menerusi Akmal dan Danial Syazwan.

03 JUNE 2012 - GEMA FC (2) - DANAU KOTA CF (0))

GEMA FC meraih kemenangan penting apabila menumbangkan pasukan pilihan, Danau Kota FC 2-0. Kedua-dua pasukan yang menurunkan kesebelasan utama saling berbalas serangan sejak awal, namun GEMA FC terlebih dahulu menemui sasaran apabila Hanif Shukri yang melepasi pertahanan lawan di sebelah kanan berjaya mengelecek penjaga gol Danau Kota yang cuba menutup ruang lantas tenang merembat bola ke dalam gol yang terbuka. Perlawanan menjadi bertambah rancak, dan Danau Kota hampir-hampir menyamakan kedudukan melalui penjaring terbanyak kejohanan setakat ini iaitu Fadzly namun sedikit tersasar melepasi palang. Danau Kota menggandakan asakan pada separuh masa kedua bagi mencari gol penyamaan namun pertahanan GEMA FC yang diterajui Azlan dan Anis serta penjaga gol, Shafiq cemerlang mengawal keadaan. GEMA FC tidak kurang melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan dan berhasil mendapat gol kedua apabila gerakan solo cantik faizul dari luar kotak penalti berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum memperdayakan penjaga gol Danau Kota. Kedudukan terus kekal hingga tamat permainan. Kemenangan yang bermakna buat manager yang menyambut ulangtahun perkahwinan kelapan hari ini. 

Wednesday 6 June 2012

02 JUNE 2012 - PMCARE FC (0) - SELAYANG FC (2)

Selayang fc mencerahkan peluang utk mara ke peringkat separuh akhir dgn kemenangan selesa 2-0 ke atas PMCARE fc. 2 gol telah berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama sudah cukup buat Selayang fc. Gol pertama telah dijaringkan oleh Mohsin hasil hantaran lintang sebelah kanan dan mudah menewaskan penjaga gol PMCARE fc. Gol ke dua yg terhasil yg dijaringkan oleh Rizal agak cantik hantaran secara rembatan sebelah kiri terus masuk di penjuru sebelah kiri dan gagal diselamatkan penjaga gol PMCARE fc. Selayang fc berjaya mengekalkan kedudukan sehingga ke wisel penamat.


Monday 28 May 2012

LAPORAN MINGGU KE 6

Alhamdulillah minggu ke 6 berjalan dgn jayanya. Terlebih dahulu pihak pengurusan ingin memohon maaf kepada semua pasukan yg bermain pada minggu ini kerana keadaan rumput padang yg panjang dan garisan yg tidak jelas. Untuk makluman, Razak Hashim selaku pengurus padang telah memberitahu kepada pihak DBKL utk menyelesaikan masalah ini namun tiada tindakan diambil dan memberi alasan mesin rumput mereka rosak. Perkara ini telah diajukan sekali lagi kepada pihak DBKL dan Insyaallah perkara ini akan diselasaikan pada minggu ini.

Pihak pengurusan juga ingin memohon agar setiap pasukan menjaga displin ketika berada di padang demi menjaga reputasi liga kita. Antara maklum balas yg diterima adalah menghisap rokok dlm padang dan menunjuk isyarat lucah. Harap perkara ini tidak berulang dan pihak pengurusan mengucapkan terima kasih di atas maklum balas yg telah diberikan.

Tahniah buat peneraju liga yg baru dan menang kesemua perlawanan iaitu DEY-1 fc. Tahniah juga buat GEMA fc kerana mengamalkan permainan Fair Play. Tiada sebarang kad dilayangkan kepada pemain GEMA fc. Zero One fc sebagai pertahanan terbaik dan Danau Kota cf sebagai penyerang terbaik. Mohd Fadly bin Jaafar kekal sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol dan diikuti rapat oleh Danial Syazwan dari pasukan Chekeliut fc dan Hafiz Abdul Hamid dari pasukan DEY-1 fc dgn masing-masing telah menjaringkan 6 gol. Hafiz Abdul Hamid telah menjaring sekurang-kurangnya 1 gol utk setiap perlawanan. Beliau telah bermain 5 perlawanan dan telah menghasilkan 6 gol. Setelah 5 perlawanan dilangsungkan perebutan utk top 3 dan tempat ke 4 agak sengit dan perebutan utk penjaring terbanyak juga cukup mendebarkan. Semoga kerancakkan liga ini diteruskan utk minggu ke 7 dan setiap pasukan dapat mengamalkan semangat kesukanan. Sekian

27 MEI 2012 - GEMA FC (6) - SELAYANG FC (1)

GEMA FC kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila menang bergaya ke atas Selayang FC 6-1. GEMA FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Faizul cemerlang mengelecek beberapa pertahanan termasuk penjaga gol lawan, sebelum bola berjaya di"curi" oleh rakan sepasukan, Norizwan lantas menjaringkan gol pertama perlawanan. GEMA FC memperoleh gol kedua sepuluh minit kemudian menerusi Harith yang berjaya menyambar bola hantaran lintang pemain gantian, Hasif langsung menewaskan penjaga gol Selayang FC. Sebelum tamat babak pertama Hasif menambah lagi dua jaringan melalui dua gerakan solo cantik melepasi perangkap offside, mengelecek penjaga gol lawan lalu merembat mudah ke dalam gawang yang terbuka.
GEMA FC terus mengganas pada babak kedua apabila menambah dua gol lagi melalui Amin dan Norizwan. Namun pada penghujung saingan Selayang FC berjaya mencuri satu gol hasil keadaan yang kelam-kabut di depan pintu gol GEMA FC untuk menjadikan keputusan muktamad, GEMA FC 6 Selayang FC 1.

27 MEI 2012 - ZERO ONE FC (1) - JERNIH FC (1)

Ini merupakan perlawanan pertama yg telah menghasilkan keputusan seri. Pihak pengurusan mengucapkan tahniah buat Zero One fc kerana telah menunjukkan satu semangat kesukanan yang tinggi. Zero One fc membuka jaringan oleh Nadim yg telah mengambil satu sepakan percuma dalam jarak 35 meter dan terus mencecah jaring dan dibantu oleh kesilapan penjaga gol Jernih fc yg gagal menangkap kemas tendangan tersebut.

Separuh masa kedua, Jernih fc melakukan serangan demi serangan sehinggakan Zero One terpaksa berkubu di tempat sendiri. Akhirnya gol penyamaan yg dicari seminit sebelum wisel penamat dibunyikan telah terhasil dengan satu hantaran silang yg cukup cantik oleh Sufian bin Jusoh sehingga mencecah jaring. Hanya Sufian sahaja yg tahu sama ada hantaran itu satu rembatan atau hantaran silang yg secara tidak sengaja yg telah menghasilkan gol.  

26 MEI 2012 - DEY-1 FC (3) - ALIFF ALROJA (1)

DEY-1 fc kekal sebagai pasukan yg belum tewas manakala Aliff Alroja kekal sebagai pasukan yg belum memenangi sebarang perlawanan. Namun semangat juang tinggi daripada Aliff Alroja harus dipuji dan sekiranya semua peluang dimanfaatkan kemungkinan keputusan mengejut dpt dihasilkan.

DEY-1 fc mendahului melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti oleh Hafiz merupakan penyerang berbisa daripada DEY-1 fc. Mansur Umar dari DEY-1 fc mengelecek 2 pertahanan Aliff Alroja sehingga beliau terpaksa dijatuhkan dalam kotak penalti. Shahril Aizat kapten pasukan dgn tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut. Aliff Alroja juga mendapat satu sepakan penalti dan juga mudah disempurnakan oleh Arif. Asakan bertubu-tubi dari Aliff Alroja sehingga membuat beberapa asakan yg mencemaskan gawang DEY-1 fc, namun gol yg dicari-cari tidak kunjung tiba. Akibatnya satu serangan balas dan lorongan cantik kepada Hafiz yg hanya berhadapan penjaga gol Aliff Alroja dan peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Hafiz dan menghasilkan gol ke 6 peribadi. Gol tersebut telah memberi ruang buat DEY-1 fc mengawal permainan sehingga ke wisel penamat.

26 MEI 2012 - DANAU KOTA CF (4) - PMCARE FC (2)

Danau kota cf berjaya mencipta kemenangan bergaya 4-2 dan bangkit selepas kekecewaan kalah pada DEY-1 fc pada minggu lepas. Bermula dengan garang, hasil hantaran silang sebelah kiri dan tandukan cantik daripada Fadzlee terkena tiang namun tuah berpihak kepada Danau Kota cf terkena penjaga gol dan bola masuk mencecah jaring. Gol tersebut di kira gol sendiri. Malang buat Fadzlee dalam usaha menambah gol koleksi peribadi yg masih kekal dgn 8 gol. Alfian Ahmad menambah jaringan buat Danau Kota cf dan PMCARE fc cuba bangkit dgn satu jaringan cantik Hisyamuddin. 

Separuh masa kedua Danau Kota cf telah mengawal perlawanan dan menambah 2 jaringan daripada Noorustajuddin yg bermain baik dan PMCARE fc berjaya menambah 1 gol hasil daripada jaringan Ahmad Syazwan. 

Tuesday 22 May 2012

MAKLUMAN 22 MEI 2012

Perubahan jadual telah dilakukan. Pihak pengurusan berharap tiada lagi perubahan jadual selepas ini. Insyaallah. Sekian.

LAPORAN MINGGU KE 5.

Alhamdulillah minggu ke 5 berjalan dengan lancarnya walaupun satu perlawanan terpaksa ditunda antara Chekeliut fc vs PMCARE fc. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada ke dua pasukan kerana hadir terlebih dahulu dan keputusan pembatalan diputuskan oleh pengadil pada hari tersebut. Hujan juga agak lebat pada minggu ini namun 3 perlawanan telah berjalan dengan lancar dan satu perlawanan menarik antara DEY-1 fc vs Danau Kota cf

Tahniah buat Zero One fc kekal sebagai peneraju liga dan Mohd Fadzlee bin Jaafar dari Danau Kota cf  kekal sebagai penjaring terbanyak.

Insyaallah rumput dan garisan akan diusahakan pada minggu ini dan rombakan jadual akan dilakukan bermula pada minggu ke 7. Harap semua pasukan peka dengan perubahan ini. Sekian

20 MEI 2012 - DEY-1 FC (3) - DANAU KOTA CF (2)

Perlawanan ini boleh dikatakan antara yg terbaik setakat ini. Dey-1 fc mendahului melalui jaringan Hafiz a.k.a Jawa hasil lorongan yg cantik dan mudah mengatasi penjaga gol Danau Kota cf. Tersentak dgn jaringan tersebut Danau Kota cf bangkit hasil jaringan Saifudin dengan rembatan kaki kanan dlm kotak penalti. Dey-1 fc mendahului lagi melalui jaringan cantik oleh Mansor a.k.a mat senyum yg menghasilkan satu gerakan menarik dan meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru kanan gol. 5 minit sebelum perlawanan tamat, Fadzlee penyerang berbisa dari Danau Kota cf dan juga penjaring terbanyak setakat ini berjaya menanbah stu lagi koleksi hasil lorongan cantik dan hanya berdepan penjaga gol dgn tenang melepaskan rembatan leret yg gagal diselamatkan. Gamat padang dengan sorokan penyokong Danau Kota cf yg hadir memberi sokongan. Namun kegembiraan Danau Kota cf hanya sementara, seminit sebelum wisel penamat dibunyikan, Ridzwan dari Dey-1 fc membuat larian solo sebelah kiri, masuk ke dalam dan melepaskan satu rembatan lemah dan terkena salah seorang pertahanan Danau Kota cf dan bola tersebut sepatutnya ditangkap mudah oleh penjaga gol Danau Kota cf namun bola tersebut meleleh dari tangkapan dan masuk dicelah kaki penjaga gol dan perlahan menuju ke gawang Danau Kota cf. Kali ini giliran penyokong Dey-1 fc pula meraikan jaringan ini dan seminit kemudian wisel penamat dibunyikan. Kesilapan penjaga gol Danau Kota cf pada minit terakhir cukup pedih untuk ditelan dan telah mengakibatkan terlepas satu mata berharga.

20 MEI 2012 - SELAYANG FC (2) - TDK FC (1)

Selayang fc berjaya melakarkan kemenangan ke tiga selepas menundukkan TDK fc dengan jaringan tipis 2-1. Namun TDK fc mendahului melalui sepakan percuma di sebelah kiri dan disudahi dengan tandukan mudah oleh najib. Selayang fc bangkit dengan 2 jaringan oleh Ahmad Rizal a.k.a Bulu yg bijak menyudahkan peluang yg beliau perolehi. Hujan lebat sebelum permainan sikit sebanyak telah menganggu rentak permainan.

Saturday 19 May 2012

19 Mei 2012 - Zero One fc (1) - GEMA fc (0)

Zero One fc meneruskan kemenangan ke 4 berturut-turut hasil kemenangan tipis 1-0. Pada separuh masa pertama Zero One fc mendahului melalui sepakan penjuru sebelah kanan, tendangan ke far post dan Muhaimi datang dari belakang untuk menanduk satu tandukan cantik terus ke gawang GEMA fc. Baru bermula 5 minit pada separuh masa ke dua, hujan turun dengan lebat dan permainan terpaksa ditunda selama 20 minit.

Sebaik permainan dimulakan semula, GEMA fc telah melancarkan serangan bertali arus hingga memaksa pemain Zero One fc berkubu di kawasan sendiri. Padang yg bertakung juga telah menganggu rentak permainan sehingga hanya serangan hantaran jauh sahaja dapat dilakukan.

Kekebalan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Zero One fc membuatkan pemain GEMA fc berputih mata. Walaupun hujan, ke dua-dua pasukan telah menunjukkan semangat dan permainan yg menarik sehingga ke wisel penamat.


19 MEI 2012 - Chekeliut fc (P) - PMCARE fc (P)

Game ditunda disebabkan hujan lebat dan padang bertakung. Tarikh baru akan diumum kelak.

Thursday 17 May 2012

MAKLUMAN 18 MEI 2012

Penarikan kad merah ke atas pemain TDK fc (Mohd Roswady) dan pemain DEY-1 fc(Mohd Aizat). Selepas protes yg diterima dan hasil perbincangan antara pemain, reff incharge dan ketua reff Razak Hashim, pihak pengurusan telah menerima protes tersebut. Harap keputusan ini tidak menimbulkan salah faham dan segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi terus Reff Razak Hashim selaku Pengurus padang dan Ketua reff. Sekian.

Monday 14 May 2012

MAKLUMAN - 14 MEI 2012

Perubahan jadual yg baru terpaksa dilakukan disebabkan permintaan Jernih fc dan Chekeliut fc dengan alasan yg munasabah dan mempunyai program yg tidak dapat dielakkan. Harap semua pasukan melihat semula perubahan jadual ini.

Sekiranya berlaku kesilapan pada blog ini diharapkan manager atau ketua pasukan untuk terus menghubungi saya. Kerjasama semua amat dihargai. Sekian.

LAPORAN MINGGU 4

Alhamdulillah minggu ke 4 telah berjalan dengan lancarnya. Tiada pertukaran venue seperti yg dirancangkan.

2 perlawanan telah menghasilkan jaringan besar iaitu 7-0. 2 pemain telah menghasilkan hatrik dan telah menghasilkan 22 gol. 1 kad merah kepada Ejad pemain DEY-1 fc dan 3 kad kuning telah diberikan. Pergantungan Ejad pemain DEY-1 fc 2 perlawanan menentang Danau Kota cf dan Aliff Alroja, Syafiq Daniel Jabar pemain Zero One fc setelah menerima kad kuning ke dua dan digantung perlawanan menentang GEMA fc dan Anthony Arulan pemain Jernih fc juga menerima kad kuning ke dua dan digantung perlawanan menentang Zero One fc

Tahniah buat Zero One fc selaku pendahulu liga yg baru dan Mohd Fadzly Bin Jaafar pemain Danau Kota cf kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 7 gol.

Insyaallah pihak pengurusan akan meminta pihak DBKL untuk membuat garisan dan memotong rumput untuk perlawanan minggu ini. Pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih banyak2 buat semua pasukan dan kepada Razak Hashim yg telah memberi commitment yg baik sepanjang liga ini bermula. Sekian

13 MEI 2012 - TDK FC (0) ZERO ONE FC (7)

Zero One fc juga telah menghasilkan jaringan sama 7-0 apabila membelasah TDK fc. Pertahanan TDK fc seperti hilang punca apabila serangan yg dilakukan oleh Zero One fc cukup berbisa. Hatrick yg dihasilkan oleh Muhaimi, 1 gol masing-masing daripada Roz Danial, Nadim, Syafiq Danial dan Rheizan cukup untuk menghasilkan kemenangan bergaya ke atas TDK fc. Perlawanan ini telah didominasi oleh Zero One fc sehingga ke wisel penamat. Hasil kemenangan bergaya ini telah meletakkan Zero One fc selaku pendahulu liga yg baru dengan perbezaan jaringan gol.

13 MEI 2012 - DANAU KOTA CF (4) - ALIFF ALROJA (1)

Danau Kota cf memperolehi kemenangan hatrik dan membuatkan Aliff Alroja menduduki tangga tercorot liga. Dari awal wisel dibunyikan pasukan Danau Kota cf telah mengawal permainan dan perlawanan juga agak berat sebelah. Namun kecekapan penjaga gol AlifF Alroja juga harus dipuji jika tidak jaringan lebih besar dapat diperolehi oleh Danau Kota cf. Penyerang berbisa Danau Kota cf iaitu Fadzly telah meledak 2 gol dan meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak setakat ini. Aliff Alroja telah menjaringkan 1 gol cantik hasil sepakan percuma jarak 30 meter mencecah jaring penjuru kanan gol. Kemenangan 4-1 sehingga ke wisel penamat.

12 MEI 2012 - GEMA FC (0) - CHEKELIUT FC (7)

Kemenangan terbesar dan jaringan terbanyak dalam satu perlawanan telah terhasil dalam perlawanan ini. Tanpa beberapa pemain utama seperti Azlan, Kyaw (Chor), Amir, Faizul, Saif, Matin dan Norizwan, GEMA FC teryata "tempang" apabila dihambat Checkeliut FC 0-7. Bermain dengan hanya 9 orang pemain sahaja pada 10 minit pertama sedikit sebanyak telah menganggu rentak perlawanan GEMA fc. Selepas hampir 15 minit, akhirnya GEMA FC tidak dapat bertahan lagi apabila melepaskan gol demi gol untuk menjadikan kedudukan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-0. 4 gol yang dihasilkan melalui Danial atau lebih dikenali Wak sudah cukup membuat pasukan GEMA FC untuk gagal mengawal rentak permainan.

Beberapa pertukaran dibuat pada separuh masa kedua, namun permainan GEMA FC tidak jauh berbeza. Sebaliknya Checkeliut FC berjaya menambah 3 gol lagi untuk menjadikan keputusan muktamad, GEMA FC 0 Checkeliut FC 7.

12 MEI 2012 DEY-1 FC (2) - JERNIH FC (1)

DEY-1 fc meneruskan rentak kemenangan hasil kemenangan tipis 2-1. Dua jaringan yg dihasilkan melalui set piece yg menarik. Hasil daripada sepakan percuma ditanduk oleh Afiq dan hasil lontaran jauh dan terus ditanduk oleh Hafiz. DEY-1 selesa mengawal permainan sehingga 10 minit terakhir apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena salah seorang pemain DEY-1 fc. Ejad selaku kapten pasukan telah membuat bantahan agak keras sehingga dilayangkan kad merah oleh pengadil. Penalti itu disudahkan oleh Rizal. Pemain Jernih fc membuat all out attack namun gol penyamaan yg dicari tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat.

Wednesday 9 May 2012

MAKLUMAN

Perubahan jadual pada Game Minggu ke 5, 6, 8,10 & 11. Sila semak balik jadual yg telah diubah. Hanya hari sahaja berubah dan tidak melibatkan masa. Perubahan ini dilakukan untuk mempermudahkan setiap pasukan. Pihak pengurusan berharap jadual ini tidak berubah lagi namun sekiranya atas permintaan yg munasabah pihak penguruan masih akan pertimbangkan. Maaf atas kesulitan yg telah berlaku.

Game Minggu ke 4  venue akan berubah. Bermain di pdg belakang masjid. Insyaallah pihak DBKL akan buat line. Arahan telah diberikan kepada En Razak Hashim selaku pengurus pdg. Sekiranya line tiada ketika perlawanan pihak penganjur mohon maaf terlebih dahulu dan berharap semua pasukan yg terlibat meneruskan perlawanan dengan semangat kesukanan. Mana-mana pasukan yg tidak tahu pdg boleh hubungi saya.

Klik pada menu Club dan klik pada read more. Untuk info setiap pasukan. Kepada mana-mana pasukan yg belum menyerahkan salinan nama pemain, harap dpt diserahkan pd minggu ini. Terima kasih buat semua pasukan kerana telah menjelaskan yuran dan deposit. Resit rasmi akan dikeluarkan atas nama pasukan masing-masing dan insyaallah akan diserahkan pada minggu ini. Sekian.

Monday 7 May 2012

Laporan Minggu 3

Alhamdulillah minggu ke 3 berjalan dengan jayanya. Cuaca yg redup dan displin yg ditunjukkan oleh semua pasukan sangat dihargai.

Sebanyak 11 gol telah dihasilkan, 6 kad kuning dan 1 kad merah. Mohd Roswady bin Mat Nasir dari pasukan TDK fc akan digantung 2 perlawanan menentang Zero One fc dan Selayang fc.

Tahniah kepada Danau Kota cf yang masih menerajui liga buat 3 minggu berturut-turut dan Mohd Fadzly bin Jaafar kekal sebagai penyerang berbisa dengan jaringan 5 gol.

06 Mei 2012 - Zero One fc (1) - Selayang fc (0)

Zero One fc meneruskan rentak kemenangan hasil kemenangan tipis ke atas Selayang fc yg merupakan kekalahan pertama buat mereka. Perlawanan agak seimbang dan hanya dipisahkan hasil jaringan Afif yang membuat satu lagi rembatan padu kaki kanan hasil hantaran rendah sebelah kanan, sentuhan kawalan pertama yg baik dan meledakkan gol ke dua peribadi dan menghadiahkan kemenangan berharga buat Zero One fc.

06 Mei 2012 GEMA fc (3) - TDK fc (2)

GEMA fc telah berjaya menewaskan TDK fc dalam perlawanan yg cukup sengit, panas dan mendebarkan. TDK fc terlebih dahulu mendahului melalui sepakan sudut dari sebelah kiri, tendangan yg gagal ditumbuk keluar terus terkena salah seorang pemain GEMA iaitu Azraie utk jaringan sendiri. Namun GEMA fc berjaya menyamakan kedudukan hasil satu lorongan yg cantik dan mengelirukan pertahanan TDK fc dan kesempatan itu tidak di sia-sia kan oleh Saif utk gol penyamaan. 


TDK fc kemudian berjaya mendahului lagi hasil kelam kabut  dalam kotak penalti dan cleareance yg lemah dan Mohd Nizwan terus membuat satu half volley yg cantik masuk ke penjuru sebelah kiri gol.


Namun GEMA fc berjaya menyamakan kedudukan berpunca dari satu sepakan percuma yg cantik daripada Amiruddin namun dapat diselamatkan penjaga gol TDK tetepi terkena tiang gol dan follow up yg dibuat oleh Matin dengan mudah membuat jaringan.


Separuh masa kedua pemain TDK fc bermain agak keras dan emosi serta beberapa keputusan pengadil telah mencetuskan insiden panas dan akibatnya 2 kad kuning dan 1 kad merah telah dilayangkan kepada pemain TDK fc. 


Akhirnya GEMA fc meraih gol kemenangan hasil satu lagi sepakan percuma yg cantik dan berjaya diselamatkan penjaga gol TDK namun terkena tiang gol, Norizwan dengan bijak telah menyambar bola muntah itu dengan mudah menolak ke dalam gawang lawan untuk menjadikan kedudukan 3-2 sehingga ke wisel penamat.

Saturday 5 May 2012

05 Mei 2012 - PMCARE fc (2) - Aliff Alroja (0)

PMCARE fc berjaya mengutip 3 mata berharga setelah berjaya mengalahkan Aliff Alroja dengan jaringan 2-0. Gol pertama hasil jaringan Ahmad Shazwan pada separuh masa pertama membuatkan permainan PMCARE fc lebih teratur dan lebih menyakinkan. Pada separuh masa ke dua Aliff Alroja lebih bnyk menyerang namun ketumpulan jentera serangan dan ketangkasan pertahanan PMCARE fc telah berjaya mematahkan setiap serangan Aliff Alroja. Gol ke dua diperolehi dengan mudah oleh Mohd Fadil hasil kesilapan pertahanan Aliff Alroja membuatkan PMCARE fc menang dengan jaringan selesa 2-0 sehingga ke wisel penamat.

05 Mei 2012 - Jernih fc (1) - Chekeliut fc (2)

Kemenangan pertama diperolehi oleh Chekeliut fc sedikit sebanyak memberi semangat moral setelah tewas sebanyak 2 kali. Namun tentangan yg diberikan oleh Jernih fc sepanjang perlawanan membuatkan perlawanan ini cukup menarik. Chekeliut fc mendahului hasil jaringan Danial Syazwan pada separuh masa pertama. Chekeliut fc lebih banyak menyerang dan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Jernih fc kemungkinan jaringan lebih besar diperolehi. Pada separuh masa ke dua, Chekeliut fc berjaya menambah jaringan hasil tandukan Akmal Ahmad Zainuddin daripada sepakan percuma dari sebelah kiri. Namun Jernih fc berjaya bangkit hasil jaringan Sabtuni Afandi selepas melepasi perangkap offside menjadikan kedudukan 1-2. Dalam usaha Jernih fc mencari gol penyamaan dengan melakukan 'All out attack', membuatkan Chekeliut fc lebih bnyk membuat serangan balas. Namun peluang demi peluang yang diperolehi Danial Syazwan dari Chekeliut fc tidak dapat disudahkan. Chekeliut fc hampir dihukum kerana ketumpulan serangan namun ketangkasan penjaga gol dan Akmal Ahmad Zainuddin selaku benteng terakhir telah menyelamatkan kubu Chekeliut fc sehingga wisel penamat.

Tuesday 1 May 2012

Laporan Minggu 2.

Alhamdulillah minggu 2 berjalan dengan jayanya, walaupun hujan lebat pada perlawanan Zero One fc vs Aliff Alroja perlawanan tetap berlangsung dengan jayanya.  Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan kerana memberi commitment dan displin yg baik.

Sebanyak 14 gol telah terhasil dan 4 kad kuning telah dilayangkan. Muhamamad Hanafi Bin Mohd Solihuddin pemain Chekeliut fc masih lagi digantung 1 perlawaanan menentang Jernih fc.

Tahniah kepada Danau Kota cf kekal selaku peneraju liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar selaku penjaring terbanyak dengan jaringan 5 gol.

Pihak pengurusan berharap commitment yang baik akan diteruskan oleh setiap pasukan dan telah memaklumkan kepada En Razak Hashim selaku pengurus padang untuk membuat garisan dan pemasangan jaring. Pihak pengurusan berharap perkara ini akan diuruskan untuk perlawanan minggu ini, Sekian. 

01 Mei 2012 - Zero One fc (3) - Aliff Alroja fc (1)

Zero One fc berjaya menewaskan Aliff Alroja fc  3-1. Separuh masa pertama Zero One fc membuka jaringan dengan sepakan padu Afif Arafat. Zero One fc lebih menguasai permain separuh masa pertama namun separuh masa ke dua, hujan turun dengan lebat dan padang bertakung membuatkan permainan terganggu dan ke dua-dua pasukan terpaksa bermain hantaran bola jauh. Aliff Alroja fc berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti yg disempurnakan oleh Shahir Jalal. Sebelum jaringan dikira penjaga gol Zero One fc agak kurang bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti tersebut sebanyak 2 kali, namun tidak dikira disebabkan keluar garisan terlalu awal sebelum sepakan dibuat. Tendangan ke 3 baru lah jaringan gol berjaya dibuat. Zero One fc tidak berputus asa dan berjaya menghasilkan 2 gol melalui tandukan cantik Rozdanial dan Abdul Hafiz sekali gus berjaya mengutip 3 mata berharga. Hanya 1 kad kuning dilayangkan kepada Ibrahim Rasol.

Sunday 29 April 2012

29 April 2012 - Jernih fc (0) - Danau Kota cf (2)

Danau Kota cf juga berjaya mendapat kemenangan ke 2 dengan mengalahkan Jernih fc dengan jaringan 2-0. Penyerang berbisa Fadzly Jaafar meledak 2 jaringan pada babak pertama sudah cukup untuk membantu Danau Kota cf mengekalkan takhta liga selepas 2 perlawanan. Permainan yg seimbang pada separuh masa kedua menyaksikan tiada jaringan dilakukan.

29 April 2012 - PMCARE fc (0) vs DEY-1 fc (1)

Kemenangan ke 2 diperolehi oleh DEY-1 fc dengan kemenangan tipis 1-0. Hasil jaringan Hafiz pada separuh masa ke dua. Permainan yg seimbang antara kedua-dua pasukan namun peluang-peluang yg diperoleh pasukan PMCARE fc lebih banyak namun penyudah yang tumpul dan pertahanan yg baik oleh DEY-1 fc telah memberi 3 mata berharga buat DEY-1 fc.

Saturday 28 April 2012

28 April 2012 - Selayang fc (4) - Chekeliut fc (3)

Kemenangan kedua diperolehi oleh pasukan Selayang fc dengan menewaskan Chekeliut fc 4-3. Permainan yg menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Selayang fc mendahalui 4-1 hasil jaringan Jeffry (2), Azrin dan Ahmad Rizal namun kelalaian pemain Selayang fc dan semangat juang yg ditunjukkan oleh pasukan Chekeliut fc harus dipuji. Bangkit dengan jaringan Zul dan Rahimi walaupun suatu ketika mendahului hasil jaringan Danial, asakan yg dilakukan pada 10 minit terakhir utk gol penyamaan gagal dicari. Ketangkasan penjaga gol Selayang fc dan penyudah yang kurang baik menyaksikan Selayang fc bertahan hingga ke wisel penamat dan memenangi perlawanan dengan jaringan 4-3.

Makluman

Pertukaran logo dan nama PPR kepada Jernih fc.

Monday 23 April 2012

Laporan Minggu Pertama

Alhamdulillah minggu 1 berjalan dengan jayanya. Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan kerana memberi commitment dengan baik.

Sebanyak 22 gol telah terhasil termasuk 1 gol sendiri, 4 kad kuning dan 1 kad merah. 1 kad merah yang dilayangkan kepada Affif penjaga gol Chekeliut fc telah ditarik balik dan ditukar kepada kad kuning selepas pihak pengurusan terima bantahan dari pasukan Chekeliut fc dengan alasan garisan tidak jelas. Insyaallah pihak pengurusan akan memperbaiki kelemahan ini. Kad merah untuk Muhamamad Hanafi Bin Mohd Solihuddin pemain Chekeliut fc akan menerima pergantungan 2 perlawanan menentang Selayang fc dan PPR.

Tahniah kepada Danau Kota cf selaku peneraju liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar selaku penjaring terbanyak dengan jaringan 3 gol.

Terdapat satu perubahan jadual yang melibatkan Zero One fc vs Aliff Alroja telah di pinda pada 1 Mei 2012 5.00ptg. Pihak pengurusan berharap commitment yang baik akan diteruskan dan semua borang dan pembayaran dapat diselesaikan pada minggu ini. Sekian.

Sunday 22 April 2012

21 April 2012 - GEMA FC (0) - DEY-1 FC (2)

GEMA FC memulakan "langkah kiri" semalam dalam perlawanan sulung Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila tunduk kepada salah sebuah pasukan pilihan kejohanan, Dey-1 FC 0-2 dalam suatu perlawanan yang menarik dan seimbang. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak awal permainan, dengan didahului beberapa percubaan menarik oleh penyerang GEMA FC, Al Hafiz namun tidak menemui sasaran.


Begitu juga gerakan-gerakan berbahaya selepas itu oleh Dey-1 FC samada berjaya dikawal dengan baik oleh pertahanan GEMA FC, Azlan dan Hanif mahupun penjaga gawang GEMA FC, Syafiq. AKhirnya selepas hampir setengah jam separuh masa pertama berlangsung, Dey-1 FC berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan Afif yang terbias di kaki Azlan dan menuju ke pintu gol GEMA FC mengelirukan Syafiq. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.


Skrip yang sama berulang pada babak kedua, kedua-dua pasukan berbalas serangan. Beberapa lagi gerakan berbahaya dilakukan oleh GEMA FC melalui rangkaian Harith, Hasif, Saif, Faizul dan Fauzi dalam usaha menyamakan kedudukan namun masih tidak menemui sasaran. Akhirnya setelah beberapa kali melakukan serangan balas, Dey-1 FC pula berjaya menambah satu lagi gol menerusi penyerang berbahaya mereka, Shahir yang melakukan larian solo menarik melepasi pertahanan dan merembat langsung menewaskan Syafiq.


Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan.

21 April : Chekeliut FC (1) - Danau Kota CF (5)

Danau Kota CF memulakan langkah kanan dalam liga apabila mudah membenam Chekeliut FC dalam perlawanan pembukaan Sabtu lalu 5-1. Perlawanan seimbang pada awal permainan dan Danau Kota terlebih dulu memecah kebuntuan. Chekeliut cuba bangkit namun terpaksa akur dengan permainan kemas Danau Kota yang akhirnya meledakkan 5 gol, jaringan tertinggi setakat ini.


Thursday 19 April 2012

Update terkini.

Penarikan diri saat2 akhir oleh pasukan KSK Gombak Utara dan telah digantikan oleh pasukan PPR. Jadual juga telah diubah. Setiap pasukan juga diminta untuk memastikan kebersihan dan mengumpul semua sampah pada satu tempat. Harap semua pasukan noted dgn perubahan ini dan kerjasama semua amat dihargai.Sekian

Tuesday 17 April 2012

Sesi taklimat liga berjalan lancar

Saudara Wan Muhd sedang memberikan ucapan

Sesi taklimat dan perjumpaan pengurus pasukan telah diadakan pada Selasa 17April 2012 bertempat di Pejabat Pemuda GEMA di Taman Melawati. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengarah liga, saudara Wan Muhammad. Beliau yang juga merupakan AJK GEMA menerangkan latar belakang program dan matlamat yang ingin dicapai.

Seterusnya, saudara Mohd Nazri selaku pengarah pertandingan menerangkan peraturan pertandingan. Sebelum bersurai, semua wakil pasukan mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai. 

Saudara Nazri menerangkan peraturan permainan

Wakil pasukan bertanding bergambar kenangan