Sunday 29 April 2012

29 April 2012 - Jernih fc (0) - Danau Kota cf (2)

Danau Kota cf juga berjaya mendapat kemenangan ke 2 dengan mengalahkan Jernih fc dengan jaringan 2-0. Penyerang berbisa Fadzly Jaafar meledak 2 jaringan pada babak pertama sudah cukup untuk membantu Danau Kota cf mengekalkan takhta liga selepas 2 perlawanan. Permainan yg seimbang pada separuh masa kedua menyaksikan tiada jaringan dilakukan.

29 April 2012 - PMCARE fc (0) vs DEY-1 fc (1)

Kemenangan ke 2 diperolehi oleh DEY-1 fc dengan kemenangan tipis 1-0. Hasil jaringan Hafiz pada separuh masa ke dua. Permainan yg seimbang antara kedua-dua pasukan namun peluang-peluang yg diperoleh pasukan PMCARE fc lebih banyak namun penyudah yang tumpul dan pertahanan yg baik oleh DEY-1 fc telah memberi 3 mata berharga buat DEY-1 fc.

Saturday 28 April 2012

28 April 2012 - Selayang fc (4) - Chekeliut fc (3)

Kemenangan kedua diperolehi oleh pasukan Selayang fc dengan menewaskan Chekeliut fc 4-3. Permainan yg menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Selayang fc mendahalui 4-1 hasil jaringan Jeffry (2), Azrin dan Ahmad Rizal namun kelalaian pemain Selayang fc dan semangat juang yg ditunjukkan oleh pasukan Chekeliut fc harus dipuji. Bangkit dengan jaringan Zul dan Rahimi walaupun suatu ketika mendahului hasil jaringan Danial, asakan yg dilakukan pada 10 minit terakhir utk gol penyamaan gagal dicari. Ketangkasan penjaga gol Selayang fc dan penyudah yang kurang baik menyaksikan Selayang fc bertahan hingga ke wisel penamat dan memenangi perlawanan dengan jaringan 4-3.

Makluman

Pertukaran logo dan nama PPR kepada Jernih fc.

Monday 23 April 2012

Laporan Minggu Pertama

Alhamdulillah minggu 1 berjalan dengan jayanya. Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan kerana memberi commitment dengan baik.

Sebanyak 22 gol telah terhasil termasuk 1 gol sendiri, 4 kad kuning dan 1 kad merah. 1 kad merah yang dilayangkan kepada Affif penjaga gol Chekeliut fc telah ditarik balik dan ditukar kepada kad kuning selepas pihak pengurusan terima bantahan dari pasukan Chekeliut fc dengan alasan garisan tidak jelas. Insyaallah pihak pengurusan akan memperbaiki kelemahan ini. Kad merah untuk Muhamamad Hanafi Bin Mohd Solihuddin pemain Chekeliut fc akan menerima pergantungan 2 perlawanan menentang Selayang fc dan PPR.

Tahniah kepada Danau Kota cf selaku peneraju liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar selaku penjaring terbanyak dengan jaringan 3 gol.

Terdapat satu perubahan jadual yang melibatkan Zero One fc vs Aliff Alroja telah di pinda pada 1 Mei 2012 5.00ptg. Pihak pengurusan berharap commitment yang baik akan diteruskan dan semua borang dan pembayaran dapat diselesaikan pada minggu ini. Sekian.

Sunday 22 April 2012

21 April 2012 - GEMA FC (0) - DEY-1 FC (2)

GEMA FC memulakan "langkah kiri" semalam dalam perlawanan sulung Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila tunduk kepada salah sebuah pasukan pilihan kejohanan, Dey-1 FC 0-2 dalam suatu perlawanan yang menarik dan seimbang. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak awal permainan, dengan didahului beberapa percubaan menarik oleh penyerang GEMA FC, Al Hafiz namun tidak menemui sasaran.


Begitu juga gerakan-gerakan berbahaya selepas itu oleh Dey-1 FC samada berjaya dikawal dengan baik oleh pertahanan GEMA FC, Azlan dan Hanif mahupun penjaga gawang GEMA FC, Syafiq. AKhirnya selepas hampir setengah jam separuh masa pertama berlangsung, Dey-1 FC berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan Afif yang terbias di kaki Azlan dan menuju ke pintu gol GEMA FC mengelirukan Syafiq. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.


Skrip yang sama berulang pada babak kedua, kedua-dua pasukan berbalas serangan. Beberapa lagi gerakan berbahaya dilakukan oleh GEMA FC melalui rangkaian Harith, Hasif, Saif, Faizul dan Fauzi dalam usaha menyamakan kedudukan namun masih tidak menemui sasaran. Akhirnya setelah beberapa kali melakukan serangan balas, Dey-1 FC pula berjaya menambah satu lagi gol menerusi penyerang berbahaya mereka, Shahir yang melakukan larian solo menarik melepasi pertahanan dan merembat langsung menewaskan Syafiq.


Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan.

21 April : Chekeliut FC (1) - Danau Kota CF (5)

Danau Kota CF memulakan langkah kanan dalam liga apabila mudah membenam Chekeliut FC dalam perlawanan pembukaan Sabtu lalu 5-1. Perlawanan seimbang pada awal permainan dan Danau Kota terlebih dulu memecah kebuntuan. Chekeliut cuba bangkit namun terpaksa akur dengan permainan kemas Danau Kota yang akhirnya meledakkan 5 gol, jaringan tertinggi setakat ini.


Thursday 19 April 2012

Update terkini.

Penarikan diri saat2 akhir oleh pasukan KSK Gombak Utara dan telah digantikan oleh pasukan PPR. Jadual juga telah diubah. Setiap pasukan juga diminta untuk memastikan kebersihan dan mengumpul semua sampah pada satu tempat. Harap semua pasukan noted dgn perubahan ini dan kerjasama semua amat dihargai.Sekian

Tuesday 17 April 2012

Sesi taklimat liga berjalan lancar

Saudara Wan Muhd sedang memberikan ucapan

Sesi taklimat dan perjumpaan pengurus pasukan telah diadakan pada Selasa 17April 2012 bertempat di Pejabat Pemuda GEMA di Taman Melawati. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengarah liga, saudara Wan Muhammad. Beliau yang juga merupakan AJK GEMA menerangkan latar belakang program dan matlamat yang ingin dicapai.

Seterusnya, saudara Mohd Nazri selaku pengarah pertandingan menerangkan peraturan pertandingan. Sebelum bersurai, semua wakil pasukan mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai. 

Saudara Nazri menerangkan peraturan permainan

Wakil pasukan bertanding bergambar kenangan

Friday 13 April 2012

Taklimat kepada pengurus pasukan

Satu taklimat kepada semua pengurus pasukan yang bertanding dalam Liga Jelajah GEMA 2012 akan diadakan seperti butiran berikut :

TARIKH : 17 April 2012
MASA : 9 malam
TEMPAT : Pejabat Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA), 313B, Melawati Square, Lorong Kedah, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


Semua pengurus pasukan diwajibkan hadir.


Terima kasih.

Wednesday 11 April 2012

Syarat dan Peraturan


      
  1. Yuran penyertan adalah sebanyak RM100 yang akan digunakan bagi tujuan pengurusan padang dan peralatan berkaitan.
  2. Deposit sebanyak RM130.00 dikenakan kepada setiap pasukan dan akan dipulangkan bila tamat liga mengikut terma dan syarat.
  3. Setiap pasukan juga dikehendaki membayar RM130.00 pada setiap perlawanan bagi menampung kos sewa padang dan saguhati pengadil.
  4. Venue pertandingan di padang Kg. Batu Muda Tambahan, Sentul. Sekiranya ada perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
  5. Pendaftaran pemain sebanyak 25 pemain berumur 18-40 tahun.
  6. Setiap perlawanan selama 80 minit dengan dua separuh masa.
  7. Perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Perlawanan pertama pada pukul 3.30 petang dan kedua pada 5.15 petang.
  8. Pengadil akan menunggu setiap pasukan yang lambat selama 10 minit.
  9. Sekiranya gagal menepati waktu, pasukan tersebut akan dikira kalah. 3 mata akan diberi kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0. Wang deposit juga akan ditolak sebanyak RM 130.00.
  10. Sekiranya hujan lebat dan padang bertakung, perlawanan akan digantikan semula mengikut tarikh yang ditentukan pihak pengurusan liga. 
  11. Pemain yang dikenakan 2 kad kuning akan digantung 1 perlawanan. 
  12. Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung 2 perlawanan.
  13. Pemain yang mencetuskan pergaduhan dan menerima kad merah akan dikenakan pergantungan 5 perlawanan. 
  14. Mana-mana penyokong atau pemain simpanan mana-mana pasukan yang terlibat dalam pergaduhan, pasukan tersebut akan ditolak 3 mata dan duit deposit akan ditolak sebanyak RM130.00.
  15. Pengadil berhak menentukan sebarang keputusan di atas padang.
  16. Keputusan adalah muktamad.