Monday 28 May 2012

LAPORAN MINGGU KE 6

Alhamdulillah minggu ke 6 berjalan dgn jayanya. Terlebih dahulu pihak pengurusan ingin memohon maaf kepada semua pasukan yg bermain pada minggu ini kerana keadaan rumput padang yg panjang dan garisan yg tidak jelas. Untuk makluman, Razak Hashim selaku pengurus padang telah memberitahu kepada pihak DBKL utk menyelesaikan masalah ini namun tiada tindakan diambil dan memberi alasan mesin rumput mereka rosak. Perkara ini telah diajukan sekali lagi kepada pihak DBKL dan Insyaallah perkara ini akan diselasaikan pada minggu ini.

Pihak pengurusan juga ingin memohon agar setiap pasukan menjaga displin ketika berada di padang demi menjaga reputasi liga kita. Antara maklum balas yg diterima adalah menghisap rokok dlm padang dan menunjuk isyarat lucah. Harap perkara ini tidak berulang dan pihak pengurusan mengucapkan terima kasih di atas maklum balas yg telah diberikan.

Tahniah buat peneraju liga yg baru dan menang kesemua perlawanan iaitu DEY-1 fc. Tahniah juga buat GEMA fc kerana mengamalkan permainan Fair Play. Tiada sebarang kad dilayangkan kepada pemain GEMA fc. Zero One fc sebagai pertahanan terbaik dan Danau Kota cf sebagai penyerang terbaik. Mohd Fadly bin Jaafar kekal sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol dan diikuti rapat oleh Danial Syazwan dari pasukan Chekeliut fc dan Hafiz Abdul Hamid dari pasukan DEY-1 fc dgn masing-masing telah menjaringkan 6 gol. Hafiz Abdul Hamid telah menjaring sekurang-kurangnya 1 gol utk setiap perlawanan. Beliau telah bermain 5 perlawanan dan telah menghasilkan 6 gol. Setelah 5 perlawanan dilangsungkan perebutan utk top 3 dan tempat ke 4 agak sengit dan perebutan utk penjaring terbanyak juga cukup mendebarkan. Semoga kerancakkan liga ini diteruskan utk minggu ke 7 dan setiap pasukan dapat mengamalkan semangat kesukanan. Sekian

27 MEI 2012 - GEMA FC (6) - SELAYANG FC (1)

GEMA FC kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila menang bergaya ke atas Selayang FC 6-1. GEMA FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Faizul cemerlang mengelecek beberapa pertahanan termasuk penjaga gol lawan, sebelum bola berjaya di"curi" oleh rakan sepasukan, Norizwan lantas menjaringkan gol pertama perlawanan. GEMA FC memperoleh gol kedua sepuluh minit kemudian menerusi Harith yang berjaya menyambar bola hantaran lintang pemain gantian, Hasif langsung menewaskan penjaga gol Selayang FC. Sebelum tamat babak pertama Hasif menambah lagi dua jaringan melalui dua gerakan solo cantik melepasi perangkap offside, mengelecek penjaga gol lawan lalu merembat mudah ke dalam gawang yang terbuka.
GEMA FC terus mengganas pada babak kedua apabila menambah dua gol lagi melalui Amin dan Norizwan. Namun pada penghujung saingan Selayang FC berjaya mencuri satu gol hasil keadaan yang kelam-kabut di depan pintu gol GEMA FC untuk menjadikan keputusan muktamad, GEMA FC 6 Selayang FC 1.

27 MEI 2012 - ZERO ONE FC (1) - JERNIH FC (1)

Ini merupakan perlawanan pertama yg telah menghasilkan keputusan seri. Pihak pengurusan mengucapkan tahniah buat Zero One fc kerana telah menunjukkan satu semangat kesukanan yang tinggi. Zero One fc membuka jaringan oleh Nadim yg telah mengambil satu sepakan percuma dalam jarak 35 meter dan terus mencecah jaring dan dibantu oleh kesilapan penjaga gol Jernih fc yg gagal menangkap kemas tendangan tersebut.

Separuh masa kedua, Jernih fc melakukan serangan demi serangan sehinggakan Zero One terpaksa berkubu di tempat sendiri. Akhirnya gol penyamaan yg dicari seminit sebelum wisel penamat dibunyikan telah terhasil dengan satu hantaran silang yg cukup cantik oleh Sufian bin Jusoh sehingga mencecah jaring. Hanya Sufian sahaja yg tahu sama ada hantaran itu satu rembatan atau hantaran silang yg secara tidak sengaja yg telah menghasilkan gol.  

26 MEI 2012 - DEY-1 FC (3) - ALIFF ALROJA (1)

DEY-1 fc kekal sebagai pasukan yg belum tewas manakala Aliff Alroja kekal sebagai pasukan yg belum memenangi sebarang perlawanan. Namun semangat juang tinggi daripada Aliff Alroja harus dipuji dan sekiranya semua peluang dimanfaatkan kemungkinan keputusan mengejut dpt dihasilkan.

DEY-1 fc mendahului melalui sepakan kencang dari luar kotak penalti oleh Hafiz merupakan penyerang berbisa daripada DEY-1 fc. Mansur Umar dari DEY-1 fc mengelecek 2 pertahanan Aliff Alroja sehingga beliau terpaksa dijatuhkan dalam kotak penalti. Shahril Aizat kapten pasukan dgn tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut. Aliff Alroja juga mendapat satu sepakan penalti dan juga mudah disempurnakan oleh Arif. Asakan bertubu-tubi dari Aliff Alroja sehingga membuat beberapa asakan yg mencemaskan gawang DEY-1 fc, namun gol yg dicari-cari tidak kunjung tiba. Akibatnya satu serangan balas dan lorongan cantik kepada Hafiz yg hanya berhadapan penjaga gol Aliff Alroja dan peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Hafiz dan menghasilkan gol ke 6 peribadi. Gol tersebut telah memberi ruang buat DEY-1 fc mengawal permainan sehingga ke wisel penamat.

26 MEI 2012 - DANAU KOTA CF (4) - PMCARE FC (2)

Danau kota cf berjaya mencipta kemenangan bergaya 4-2 dan bangkit selepas kekecewaan kalah pada DEY-1 fc pada minggu lepas. Bermula dengan garang, hasil hantaran silang sebelah kiri dan tandukan cantik daripada Fadzlee terkena tiang namun tuah berpihak kepada Danau Kota cf terkena penjaga gol dan bola masuk mencecah jaring. Gol tersebut di kira gol sendiri. Malang buat Fadzlee dalam usaha menambah gol koleksi peribadi yg masih kekal dgn 8 gol. Alfian Ahmad menambah jaringan buat Danau Kota cf dan PMCARE fc cuba bangkit dgn satu jaringan cantik Hisyamuddin. 

Separuh masa kedua Danau Kota cf telah mengawal perlawanan dan menambah 2 jaringan daripada Noorustajuddin yg bermain baik dan PMCARE fc berjaya menambah 1 gol hasil daripada jaringan Ahmad Syazwan. 

Tuesday 22 May 2012

MAKLUMAN 22 MEI 2012

Perubahan jadual telah dilakukan. Pihak pengurusan berharap tiada lagi perubahan jadual selepas ini. Insyaallah. Sekian.

LAPORAN MINGGU KE 5.

Alhamdulillah minggu ke 5 berjalan dengan lancarnya walaupun satu perlawanan terpaksa ditunda antara Chekeliut fc vs PMCARE fc. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada ke dua pasukan kerana hadir terlebih dahulu dan keputusan pembatalan diputuskan oleh pengadil pada hari tersebut. Hujan juga agak lebat pada minggu ini namun 3 perlawanan telah berjalan dengan lancar dan satu perlawanan menarik antara DEY-1 fc vs Danau Kota cf

Tahniah buat Zero One fc kekal sebagai peneraju liga dan Mohd Fadzlee bin Jaafar dari Danau Kota cf  kekal sebagai penjaring terbanyak.

Insyaallah rumput dan garisan akan diusahakan pada minggu ini dan rombakan jadual akan dilakukan bermula pada minggu ke 7. Harap semua pasukan peka dengan perubahan ini. Sekian

20 MEI 2012 - DEY-1 FC (3) - DANAU KOTA CF (2)

Perlawanan ini boleh dikatakan antara yg terbaik setakat ini. Dey-1 fc mendahului melalui jaringan Hafiz a.k.a Jawa hasil lorongan yg cantik dan mudah mengatasi penjaga gol Danau Kota cf. Tersentak dgn jaringan tersebut Danau Kota cf bangkit hasil jaringan Saifudin dengan rembatan kaki kanan dlm kotak penalti. Dey-1 fc mendahului lagi melalui jaringan cantik oleh Mansor a.k.a mat senyum yg menghasilkan satu gerakan menarik dan meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru kanan gol. 5 minit sebelum perlawanan tamat, Fadzlee penyerang berbisa dari Danau Kota cf dan juga penjaring terbanyak setakat ini berjaya menanbah stu lagi koleksi hasil lorongan cantik dan hanya berdepan penjaga gol dgn tenang melepaskan rembatan leret yg gagal diselamatkan. Gamat padang dengan sorokan penyokong Danau Kota cf yg hadir memberi sokongan. Namun kegembiraan Danau Kota cf hanya sementara, seminit sebelum wisel penamat dibunyikan, Ridzwan dari Dey-1 fc membuat larian solo sebelah kiri, masuk ke dalam dan melepaskan satu rembatan lemah dan terkena salah seorang pertahanan Danau Kota cf dan bola tersebut sepatutnya ditangkap mudah oleh penjaga gol Danau Kota cf namun bola tersebut meleleh dari tangkapan dan masuk dicelah kaki penjaga gol dan perlahan menuju ke gawang Danau Kota cf. Kali ini giliran penyokong Dey-1 fc pula meraikan jaringan ini dan seminit kemudian wisel penamat dibunyikan. Kesilapan penjaga gol Danau Kota cf pada minit terakhir cukup pedih untuk ditelan dan telah mengakibatkan terlepas satu mata berharga.

20 MEI 2012 - SELAYANG FC (2) - TDK FC (1)

Selayang fc berjaya melakarkan kemenangan ke tiga selepas menundukkan TDK fc dengan jaringan tipis 2-1. Namun TDK fc mendahului melalui sepakan percuma di sebelah kiri dan disudahi dengan tandukan mudah oleh najib. Selayang fc bangkit dengan 2 jaringan oleh Ahmad Rizal a.k.a Bulu yg bijak menyudahkan peluang yg beliau perolehi. Hujan lebat sebelum permainan sikit sebanyak telah menganggu rentak permainan.

Saturday 19 May 2012

19 Mei 2012 - Zero One fc (1) - GEMA fc (0)

Zero One fc meneruskan kemenangan ke 4 berturut-turut hasil kemenangan tipis 1-0. Pada separuh masa pertama Zero One fc mendahului melalui sepakan penjuru sebelah kanan, tendangan ke far post dan Muhaimi datang dari belakang untuk menanduk satu tandukan cantik terus ke gawang GEMA fc. Baru bermula 5 minit pada separuh masa ke dua, hujan turun dengan lebat dan permainan terpaksa ditunda selama 20 minit.

Sebaik permainan dimulakan semula, GEMA fc telah melancarkan serangan bertali arus hingga memaksa pemain Zero One fc berkubu di kawasan sendiri. Padang yg bertakung juga telah menganggu rentak permainan sehingga hanya serangan hantaran jauh sahaja dapat dilakukan.

Kekebalan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Zero One fc membuatkan pemain GEMA fc berputih mata. Walaupun hujan, ke dua-dua pasukan telah menunjukkan semangat dan permainan yg menarik sehingga ke wisel penamat.


19 MEI 2012 - Chekeliut fc (P) - PMCARE fc (P)

Game ditunda disebabkan hujan lebat dan padang bertakung. Tarikh baru akan diumum kelak.

Thursday 17 May 2012

MAKLUMAN 18 MEI 2012

Penarikan kad merah ke atas pemain TDK fc (Mohd Roswady) dan pemain DEY-1 fc(Mohd Aizat). Selepas protes yg diterima dan hasil perbincangan antara pemain, reff incharge dan ketua reff Razak Hashim, pihak pengurusan telah menerima protes tersebut. Harap keputusan ini tidak menimbulkan salah faham dan segala pertanyaan lanjut boleh menghubungi terus Reff Razak Hashim selaku Pengurus padang dan Ketua reff. Sekian.

Monday 14 May 2012

MAKLUMAN - 14 MEI 2012

Perubahan jadual yg baru terpaksa dilakukan disebabkan permintaan Jernih fc dan Chekeliut fc dengan alasan yg munasabah dan mempunyai program yg tidak dapat dielakkan. Harap semua pasukan melihat semula perubahan jadual ini.

Sekiranya berlaku kesilapan pada blog ini diharapkan manager atau ketua pasukan untuk terus menghubungi saya. Kerjasama semua amat dihargai. Sekian.

LAPORAN MINGGU 4

Alhamdulillah minggu ke 4 telah berjalan dengan lancarnya. Tiada pertukaran venue seperti yg dirancangkan.

2 perlawanan telah menghasilkan jaringan besar iaitu 7-0. 2 pemain telah menghasilkan hatrik dan telah menghasilkan 22 gol. 1 kad merah kepada Ejad pemain DEY-1 fc dan 3 kad kuning telah diberikan. Pergantungan Ejad pemain DEY-1 fc 2 perlawanan menentang Danau Kota cf dan Aliff Alroja, Syafiq Daniel Jabar pemain Zero One fc setelah menerima kad kuning ke dua dan digantung perlawanan menentang GEMA fc dan Anthony Arulan pemain Jernih fc juga menerima kad kuning ke dua dan digantung perlawanan menentang Zero One fc

Tahniah buat Zero One fc selaku pendahulu liga yg baru dan Mohd Fadzly Bin Jaafar pemain Danau Kota cf kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 7 gol.

Insyaallah pihak pengurusan akan meminta pihak DBKL untuk membuat garisan dan memotong rumput untuk perlawanan minggu ini. Pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih banyak2 buat semua pasukan dan kepada Razak Hashim yg telah memberi commitment yg baik sepanjang liga ini bermula. Sekian

13 MEI 2012 - TDK FC (0) ZERO ONE FC (7)

Zero One fc juga telah menghasilkan jaringan sama 7-0 apabila membelasah TDK fc. Pertahanan TDK fc seperti hilang punca apabila serangan yg dilakukan oleh Zero One fc cukup berbisa. Hatrick yg dihasilkan oleh Muhaimi, 1 gol masing-masing daripada Roz Danial, Nadim, Syafiq Danial dan Rheizan cukup untuk menghasilkan kemenangan bergaya ke atas TDK fc. Perlawanan ini telah didominasi oleh Zero One fc sehingga ke wisel penamat. Hasil kemenangan bergaya ini telah meletakkan Zero One fc selaku pendahulu liga yg baru dengan perbezaan jaringan gol.

13 MEI 2012 - DANAU KOTA CF (4) - ALIFF ALROJA (1)

Danau Kota cf memperolehi kemenangan hatrik dan membuatkan Aliff Alroja menduduki tangga tercorot liga. Dari awal wisel dibunyikan pasukan Danau Kota cf telah mengawal permainan dan perlawanan juga agak berat sebelah. Namun kecekapan penjaga gol AlifF Alroja juga harus dipuji jika tidak jaringan lebih besar dapat diperolehi oleh Danau Kota cf. Penyerang berbisa Danau Kota cf iaitu Fadzly telah meledak 2 gol dan meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak setakat ini. Aliff Alroja telah menjaringkan 1 gol cantik hasil sepakan percuma jarak 30 meter mencecah jaring penjuru kanan gol. Kemenangan 4-1 sehingga ke wisel penamat.

12 MEI 2012 - GEMA FC (0) - CHEKELIUT FC (7)

Kemenangan terbesar dan jaringan terbanyak dalam satu perlawanan telah terhasil dalam perlawanan ini. Tanpa beberapa pemain utama seperti Azlan, Kyaw (Chor), Amir, Faizul, Saif, Matin dan Norizwan, GEMA FC teryata "tempang" apabila dihambat Checkeliut FC 0-7. Bermain dengan hanya 9 orang pemain sahaja pada 10 minit pertama sedikit sebanyak telah menganggu rentak perlawanan GEMA fc. Selepas hampir 15 minit, akhirnya GEMA FC tidak dapat bertahan lagi apabila melepaskan gol demi gol untuk menjadikan kedudukan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-0. 4 gol yang dihasilkan melalui Danial atau lebih dikenali Wak sudah cukup membuat pasukan GEMA FC untuk gagal mengawal rentak permainan.

Beberapa pertukaran dibuat pada separuh masa kedua, namun permainan GEMA FC tidak jauh berbeza. Sebaliknya Checkeliut FC berjaya menambah 3 gol lagi untuk menjadikan keputusan muktamad, GEMA FC 0 Checkeliut FC 7.

12 MEI 2012 DEY-1 FC (2) - JERNIH FC (1)

DEY-1 fc meneruskan rentak kemenangan hasil kemenangan tipis 2-1. Dua jaringan yg dihasilkan melalui set piece yg menarik. Hasil daripada sepakan percuma ditanduk oleh Afiq dan hasil lontaran jauh dan terus ditanduk oleh Hafiz. DEY-1 selesa mengawal permainan sehingga 10 minit terakhir apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena salah seorang pemain DEY-1 fc. Ejad selaku kapten pasukan telah membuat bantahan agak keras sehingga dilayangkan kad merah oleh pengadil. Penalti itu disudahkan oleh Rizal. Pemain Jernih fc membuat all out attack namun gol penyamaan yg dicari tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat.

Wednesday 9 May 2012

MAKLUMAN

Perubahan jadual pada Game Minggu ke 5, 6, 8,10 & 11. Sila semak balik jadual yg telah diubah. Hanya hari sahaja berubah dan tidak melibatkan masa. Perubahan ini dilakukan untuk mempermudahkan setiap pasukan. Pihak pengurusan berharap jadual ini tidak berubah lagi namun sekiranya atas permintaan yg munasabah pihak penguruan masih akan pertimbangkan. Maaf atas kesulitan yg telah berlaku.

Game Minggu ke 4  venue akan berubah. Bermain di pdg belakang masjid. Insyaallah pihak DBKL akan buat line. Arahan telah diberikan kepada En Razak Hashim selaku pengurus pdg. Sekiranya line tiada ketika perlawanan pihak penganjur mohon maaf terlebih dahulu dan berharap semua pasukan yg terlibat meneruskan perlawanan dengan semangat kesukanan. Mana-mana pasukan yg tidak tahu pdg boleh hubungi saya.

Klik pada menu Club dan klik pada read more. Untuk info setiap pasukan. Kepada mana-mana pasukan yg belum menyerahkan salinan nama pemain, harap dpt diserahkan pd minggu ini. Terima kasih buat semua pasukan kerana telah menjelaskan yuran dan deposit. Resit rasmi akan dikeluarkan atas nama pasukan masing-masing dan insyaallah akan diserahkan pada minggu ini. Sekian.

Monday 7 May 2012

Laporan Minggu 3

Alhamdulillah minggu ke 3 berjalan dengan jayanya. Cuaca yg redup dan displin yg ditunjukkan oleh semua pasukan sangat dihargai.

Sebanyak 11 gol telah dihasilkan, 6 kad kuning dan 1 kad merah. Mohd Roswady bin Mat Nasir dari pasukan TDK fc akan digantung 2 perlawanan menentang Zero One fc dan Selayang fc.

Tahniah kepada Danau Kota cf yang masih menerajui liga buat 3 minggu berturut-turut dan Mohd Fadzly bin Jaafar kekal sebagai penyerang berbisa dengan jaringan 5 gol.

06 Mei 2012 - Zero One fc (1) - Selayang fc (0)

Zero One fc meneruskan rentak kemenangan hasil kemenangan tipis ke atas Selayang fc yg merupakan kekalahan pertama buat mereka. Perlawanan agak seimbang dan hanya dipisahkan hasil jaringan Afif yang membuat satu lagi rembatan padu kaki kanan hasil hantaran rendah sebelah kanan, sentuhan kawalan pertama yg baik dan meledakkan gol ke dua peribadi dan menghadiahkan kemenangan berharga buat Zero One fc.

06 Mei 2012 GEMA fc (3) - TDK fc (2)

GEMA fc telah berjaya menewaskan TDK fc dalam perlawanan yg cukup sengit, panas dan mendebarkan. TDK fc terlebih dahulu mendahului melalui sepakan sudut dari sebelah kiri, tendangan yg gagal ditumbuk keluar terus terkena salah seorang pemain GEMA iaitu Azraie utk jaringan sendiri. Namun GEMA fc berjaya menyamakan kedudukan hasil satu lorongan yg cantik dan mengelirukan pertahanan TDK fc dan kesempatan itu tidak di sia-sia kan oleh Saif utk gol penyamaan. 


TDK fc kemudian berjaya mendahului lagi hasil kelam kabut  dalam kotak penalti dan cleareance yg lemah dan Mohd Nizwan terus membuat satu half volley yg cantik masuk ke penjuru sebelah kiri gol.


Namun GEMA fc berjaya menyamakan kedudukan berpunca dari satu sepakan percuma yg cantik daripada Amiruddin namun dapat diselamatkan penjaga gol TDK tetepi terkena tiang gol dan follow up yg dibuat oleh Matin dengan mudah membuat jaringan.


Separuh masa kedua pemain TDK fc bermain agak keras dan emosi serta beberapa keputusan pengadil telah mencetuskan insiden panas dan akibatnya 2 kad kuning dan 1 kad merah telah dilayangkan kepada pemain TDK fc. 


Akhirnya GEMA fc meraih gol kemenangan hasil satu lagi sepakan percuma yg cantik dan berjaya diselamatkan penjaga gol TDK namun terkena tiang gol, Norizwan dengan bijak telah menyambar bola muntah itu dengan mudah menolak ke dalam gawang lawan untuk menjadikan kedudukan 3-2 sehingga ke wisel penamat.

Saturday 5 May 2012

05 Mei 2012 - PMCARE fc (2) - Aliff Alroja (0)

PMCARE fc berjaya mengutip 3 mata berharga setelah berjaya mengalahkan Aliff Alroja dengan jaringan 2-0. Gol pertama hasil jaringan Ahmad Shazwan pada separuh masa pertama membuatkan permainan PMCARE fc lebih teratur dan lebih menyakinkan. Pada separuh masa ke dua Aliff Alroja lebih bnyk menyerang namun ketumpulan jentera serangan dan ketangkasan pertahanan PMCARE fc telah berjaya mematahkan setiap serangan Aliff Alroja. Gol ke dua diperolehi dengan mudah oleh Mohd Fadil hasil kesilapan pertahanan Aliff Alroja membuatkan PMCARE fc menang dengan jaringan selesa 2-0 sehingga ke wisel penamat.

05 Mei 2012 - Jernih fc (1) - Chekeliut fc (2)

Kemenangan pertama diperolehi oleh Chekeliut fc sedikit sebanyak memberi semangat moral setelah tewas sebanyak 2 kali. Namun tentangan yg diberikan oleh Jernih fc sepanjang perlawanan membuatkan perlawanan ini cukup menarik. Chekeliut fc mendahului hasil jaringan Danial Syazwan pada separuh masa pertama. Chekeliut fc lebih banyak menyerang dan jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Jernih fc kemungkinan jaringan lebih besar diperolehi. Pada separuh masa ke dua, Chekeliut fc berjaya menambah jaringan hasil tandukan Akmal Ahmad Zainuddin daripada sepakan percuma dari sebelah kiri. Namun Jernih fc berjaya bangkit hasil jaringan Sabtuni Afandi selepas melepasi perangkap offside menjadikan kedudukan 1-2. Dalam usaha Jernih fc mencari gol penyamaan dengan melakukan 'All out attack', membuatkan Chekeliut fc lebih bnyk membuat serangan balas. Namun peluang demi peluang yang diperolehi Danial Syazwan dari Chekeliut fc tidak dapat disudahkan. Chekeliut fc hampir dihukum kerana ketumpulan serangan namun ketangkasan penjaga gol dan Akmal Ahmad Zainuddin selaku benteng terakhir telah menyelamatkan kubu Chekeliut fc sehingga wisel penamat.

Tuesday 1 May 2012

Laporan Minggu 2.

Alhamdulillah minggu 2 berjalan dengan jayanya, walaupun hujan lebat pada perlawanan Zero One fc vs Aliff Alroja perlawanan tetap berlangsung dengan jayanya.  Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah kepada semua pasukan kerana memberi commitment dan displin yg baik.

Sebanyak 14 gol telah terhasil dan 4 kad kuning telah dilayangkan. Muhamamad Hanafi Bin Mohd Solihuddin pemain Chekeliut fc masih lagi digantung 1 perlawaanan menentang Jernih fc.

Tahniah kepada Danau Kota cf kekal selaku peneraju liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar selaku penjaring terbanyak dengan jaringan 5 gol.

Pihak pengurusan berharap commitment yang baik akan diteruskan oleh setiap pasukan dan telah memaklumkan kepada En Razak Hashim selaku pengurus padang untuk membuat garisan dan pemasangan jaring. Pihak pengurusan berharap perkara ini akan diuruskan untuk perlawanan minggu ini, Sekian. 

01 Mei 2012 - Zero One fc (3) - Aliff Alroja fc (1)

Zero One fc berjaya menewaskan Aliff Alroja fc  3-1. Separuh masa pertama Zero One fc membuka jaringan dengan sepakan padu Afif Arafat. Zero One fc lebih menguasai permain separuh masa pertama namun separuh masa ke dua, hujan turun dengan lebat dan padang bertakung membuatkan permainan terganggu dan ke dua-dua pasukan terpaksa bermain hantaran bola jauh. Aliff Alroja fc berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti yg disempurnakan oleh Shahir Jalal. Sebelum jaringan dikira penjaga gol Zero One fc agak kurang bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti tersebut sebanyak 2 kali, namun tidak dikira disebabkan keluar garisan terlalu awal sebelum sepakan dibuat. Tendangan ke 3 baru lah jaringan gol berjaya dibuat. Zero One fc tidak berputus asa dan berjaya menghasilkan 2 gol melalui tandukan cantik Rozdanial dan Abdul Hafiz sekali gus berjaya mengutip 3 mata berharga. Hanya 1 kad kuning dilayangkan kepada Ibrahim Rasol.