Sunday 22 April 2012

21 April 2012 - GEMA FC (0) - DEY-1 FC (2)

GEMA FC memulakan "langkah kiri" semalam dalam perlawanan sulung Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila tunduk kepada salah sebuah pasukan pilihan kejohanan, Dey-1 FC 0-2 dalam suatu perlawanan yang menarik dan seimbang. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak awal permainan, dengan didahului beberapa percubaan menarik oleh penyerang GEMA FC, Al Hafiz namun tidak menemui sasaran.


Begitu juga gerakan-gerakan berbahaya selepas itu oleh Dey-1 FC samada berjaya dikawal dengan baik oleh pertahanan GEMA FC, Azlan dan Hanif mahupun penjaga gawang GEMA FC, Syafiq. AKhirnya selepas hampir setengah jam separuh masa pertama berlangsung, Dey-1 FC berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan Afif yang terbias di kaki Azlan dan menuju ke pintu gol GEMA FC mengelirukan Syafiq. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.


Skrip yang sama berulang pada babak kedua, kedua-dua pasukan berbalas serangan. Beberapa lagi gerakan berbahaya dilakukan oleh GEMA FC melalui rangkaian Harith, Hasif, Saif, Faizul dan Fauzi dalam usaha menyamakan kedudukan namun masih tidak menemui sasaran. Akhirnya setelah beberapa kali melakukan serangan balas, Dey-1 FC pula berjaya menambah satu lagi gol menerusi penyerang berbahaya mereka, Shahir yang melakukan larian solo menarik melepasi pertahanan dan merembat langsung menewaskan Syafiq.


Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan.

No comments:

Post a Comment