Saturday 19 May 2012

19 Mei 2012 - Zero One fc (1) - GEMA fc (0)

Zero One fc meneruskan kemenangan ke 4 berturut-turut hasil kemenangan tipis 1-0. Pada separuh masa pertama Zero One fc mendahului melalui sepakan penjuru sebelah kanan, tendangan ke far post dan Muhaimi datang dari belakang untuk menanduk satu tandukan cantik terus ke gawang GEMA fc. Baru bermula 5 minit pada separuh masa ke dua, hujan turun dengan lebat dan permainan terpaksa ditunda selama 20 minit.

Sebaik permainan dimulakan semula, GEMA fc telah melancarkan serangan bertali arus hingga memaksa pemain Zero One fc berkubu di kawasan sendiri. Padang yg bertakung juga telah menganggu rentak permainan sehingga hanya serangan hantaran jauh sahaja dapat dilakukan.

Kekebalan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol Zero One fc membuatkan pemain GEMA fc berputih mata. Walaupun hujan, ke dua-dua pasukan telah menunjukkan semangat dan permainan yg menarik sehingga ke wisel penamat.


No comments:

Post a Comment