Monday 28 May 2012

27 MEI 2012 - GEMA FC (6) - SELAYANG FC (1)

GEMA FC kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 apabila menang bergaya ke atas Selayang FC 6-1. GEMA FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Faizul cemerlang mengelecek beberapa pertahanan termasuk penjaga gol lawan, sebelum bola berjaya di"curi" oleh rakan sepasukan, Norizwan lantas menjaringkan gol pertama perlawanan. GEMA FC memperoleh gol kedua sepuluh minit kemudian menerusi Harith yang berjaya menyambar bola hantaran lintang pemain gantian, Hasif langsung menewaskan penjaga gol Selayang FC. Sebelum tamat babak pertama Hasif menambah lagi dua jaringan melalui dua gerakan solo cantik melepasi perangkap offside, mengelecek penjaga gol lawan lalu merembat mudah ke dalam gawang yang terbuka.
GEMA FC terus mengganas pada babak kedua apabila menambah dua gol lagi melalui Amin dan Norizwan. Namun pada penghujung saingan Selayang FC berjaya mencuri satu gol hasil keadaan yang kelam-kabut di depan pintu gol GEMA FC untuk menjadikan keputusan muktamad, GEMA FC 6 Selayang FC 1.

No comments:

Post a Comment