Thursday 7 June 2012

03 JUNE 2012 - GEMA FC (2) - DANAU KOTA CF (0))

GEMA FC meraih kemenangan penting apabila menumbangkan pasukan pilihan, Danau Kota FC 2-0. Kedua-dua pasukan yang menurunkan kesebelasan utama saling berbalas serangan sejak awal, namun GEMA FC terlebih dahulu menemui sasaran apabila Hanif Shukri yang melepasi pertahanan lawan di sebelah kanan berjaya mengelecek penjaga gol Danau Kota yang cuba menutup ruang lantas tenang merembat bola ke dalam gol yang terbuka. Perlawanan menjadi bertambah rancak, dan Danau Kota hampir-hampir menyamakan kedudukan melalui penjaring terbanyak kejohanan setakat ini iaitu Fadzly namun sedikit tersasar melepasi palang. Danau Kota menggandakan asakan pada separuh masa kedua bagi mencari gol penyamaan namun pertahanan GEMA FC yang diterajui Azlan dan Anis serta penjaga gol, Shafiq cemerlang mengawal keadaan. GEMA FC tidak kurang melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan dan berhasil mendapat gol kedua apabila gerakan solo cantik faizul dari luar kotak penalti berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum memperdayakan penjaga gol Danau Kota. Kedudukan terus kekal hingga tamat permainan. Kemenangan yang bermakna buat manager yang menyambut ulangtahun perkahwinan kelapan hari ini. 

No comments:

Post a Comment