Monday 2 July 2012

01 JULY 2012 - GEMA FC (4) - ALIFF ALROJA (0)

GEMA FC mencatat kemenangan 4-0 ke atas Aliff Alroja petang semalam, namun belum cukup untuk memastikan tempat ke separuh akhir Liga Bolasepak Jelajah GEMA 2012 kerana jumlah perbezaan gol yg lebih kecil berbanding dengan pasukan di tangga keempat iaitu Danau Kota CF yg seri 1-1 dgn Selayang FC dlm perlawanan yg berlangsung sebelum itu. Pujian wajar diberikan kepada para pemain GEMA yg bertungkus-lumus menyerang ke kubu Aliff Alroja sejak wisel permulaan dgn formasi 3-5-2 dlm usaha merealisasikan "misi mustahil", menang dgn keputusan 6-0. Namun, GEMA hanya memperoleh 1 gol dalam separuh masa pertama melalui Faizul, manakala beberapa percubaan lain oleh para pemain GEMA gagal dimanfaatkan. Malah hampir 10 kali para penyerang GEMA gagal melepasi perangkap offside pertahanan lawan.
Permainan GEMA pada separuh masa kedua adalah lebih baik, dengan kemasukan Fauzy di jentera tengah ternyata melincirkan lagi serangan GEMA ke kubu lawan. Hasilnya, 3 gol diperoleh dlm 15 minit pertama menerusi rembatan cantik Faizul dan dua jaringan Norizwan. Namun setelah itu GEMA buntu dlm menambah jaringan. Kecekapan penjaga gol Aliff Alroja juga telah menyelamatkan pasukannya daripada dibocori dengan lebih banyak lagi. Gol ke 5 berjaya dihasilkan oleh Norizwan namun beliau berada dikedudukan offside. Asakan bertali arus 10 minit terakhir mmg cukup mendebarkan, rezeki bukan memihak kepada GEMA fc dan keputusan kekal sehingga ke wisel penamat. 

No comments:

Post a Comment