Saturday, 23 June 2012
23 JUNE 2012 - SELAYANG FC (1) - JERNIH FC (0)
3 mata berharga buat Selayang fc telah melonjak mereka ke tangga 3 dan kemenangan ini juga telah memberi tekanan buat pasukan Danau Kota cf dan GEMA fc. Bermain di tempat sendiri iaitu di padang PPR, Jernih fc gagal mengambil kesempatan walaupun diberi sokongan dari penyokong mereka. Gol tunggal dari pemain no 23 sudah cukup buat Selayang fc mengutip 3 mata berharga.
23 JUNE 2012 - DEY-1 fc (2) - CHEKELIUT fc (1)
Kemenangan ini mengesahkan DEY-1 fc utk menduduki tempat pertama atau kedua dan menempah diri ke peringkat separuh akhir. Kekalahan Chekeliut fc telah menyukarkan peluang mereka, walaupun telah mendahului melalui jaringan Khairul namun gagal menyekat kemaraan DEY-1 fc hasil jaringan Mansor dan Nik.
23 JUNE 2012 - DANAU KOTA CF (2) - TDK FC (4)
Kemenangan TDK fc 4-2, permainan yg cukup menarik, jaringan hatrick, permainan yg keras, berbalah sesama pemain sesama pasukan, kontroversi dan mutu pengadilan, ball hand atau hand ball, 2 penalti antara highlight permainan ptg tadi. Namun pujian harus diberikan kepada kedua-dua pasukan kerana bermain dgn semangat kesukanan. TDK fc membuka jaringan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Danau Kota cf. Nazri a.k.a York tenang menyempurnakan sepakan tersebut. Danau Kota bangkit hasil 2 jaringan Mohd Fadzly dalam tempoh 3 minit apabila 2 situasi satu lawan satu dengan penjaga gol TDK fc dan dengan status penjaring terbanyak dan ketandusan gol selepas 3 perlawanan beliau tidak men sia-sia kan peluang tersebut. Ini merupakan jaringan ke 10 peribadi. TDK fc bangkit dengan 2 jaringan sebelum wisel separuh masa dibunyikan hasil rembatan padu kaki kanan Nazri ke penjuru sebelah kanan dan
mendapat sepakan penalti kedua yg telah mencetuskan kontroversi apabila bola sekali lagi terkena tangan yg menjadi persoalan sama ada ia dikira ball hand atau hand ball dan Hafiz tenang mengambil sepakan tersebut.
Kerancakan separuh masa ke dua ditunjukkan kedua-dua pasukan apabila permainan yg menarik, keras dan beberapa keputusan pengadil yg mencetuskan kemarahan kedua-dua pasukan. Mutu pengadilan mula dipertikaikan dan ketegangan mula dirasai. Keghairahan Danau Kota cf mencari gol penyamaan, satu counter attack bermula disebelah kiri bermula dari sepakan gol dan gerakan solo oleh Nazri mengelecek 2 pemain Danau Kota cf dan melepaskan satu rembatan near post yg gagal diselamatkan penjaga gol Danau Kota cf. Ini merupakan hatrick pertama beliau. Satu gol berjaya dihasilkan oleh Danau Kota cf namun dibatalkan kerana pengadil memberitahu bola telah keluar dan sepakan penjuru diberikan. Keputusan ini telah membangkitkan kemarahan pemain dan juga penyokong Danau Kota cf yg menyaksikan permainan ini. Asakan bertali arus Danau Kota cf ke kubu TDK fc menemui jalan buntu sehingga ke wisel penamat.

Sunday, 17 June 2012
LAPORAN MINGGU KE 9.
Alhamdulillah minggu ke 9 berjalan dgn jayanya walaupun dalam keadaan jerebu dan 1 perlawanan antara Chekeliut fc vs TDK fc terpaksa ditunda. Kekalahan pertama Zero One fc, kegagalan DEY-1 fc mengutip mata penuh dan kemenangan GEMA fc antara highlight pada minggu ini. Kerancakan merebut tempat ke separuh akhir terbuka luas buat Danau Kota cf, GEMA fc, Selayang fc dan Chekeliut fc telah menghangatkan lagi liga Jelajah GEMA ini. Hanya kedudukan Zero One fc dan DEY-1 fc agak selamat buat ketika ini.
Walaupun tewas, Zero One fc kekal sebagai pendahulu liga dan Mohd Fadzly dan Danial Syazwan juga kekal sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol. Mohd Fadzly sudah 3 perlawanan tidak menjaring sebarang gol. Terdapa 3 pemain akan digantung pada perlawanan berikut iaitu Mohd Rizal dari Jernih fc, Hafiz Abdul Hamid dari DEY-1 fc dan Ibrahim Rasol dari Zero One fc. Perubahan jadual juga dilakukan dan pihak pengurusan juga memohon kerjasama daripada pasukan Chekeliut fc dan TDK fc utk bermain 2 perlawanan minggu ini memandangkan masa yg tidak mengizinkan yg perlu dihabiskan sebelum tibanya bulan Ramadhan . Harap semua pasukan peka dgn perubahan ini.
Sekali lagi pihak pengurusan memohon maaf kepada pasukan Chekeliut fc dan TDK fc atas kesilapan teknikal yg tidak disengajakan. Pihak pengurusan juga ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian pasukan Jernih fc utk membenarkan perlawanan liga bermain di padang mereka dan kepada saudara Ayie dari Danau Kota cf kerana kesudian memberi pinjam sebiji bola match ball. Sekian.
17 JUNE 2012 - GEMA FC (4) - PMCARE FC (1)
GEMA FC terus merancakkan persaingan untuk mara ke separuh akhir Liga Bolasepak Jejalah GEMA 2012 apabila membenam PMCARE FC 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. GEMA FC memperoleh jaringan pertama apabila bola balingan Najmee dari sebelah kanan gagal dikeluarkan oleh pertahanan lawan lalu disambut dengan rembatan padu oleh Hasif yang terus menerjah gawang lawan. Gol kedua GEMA FC menyusul beberapa minit kemudian melalui Doe, namun sedikit kealpaan benteng pertahanan membolehkan PMCARE memecah kebuntuan melalui jaringan Jamaluddin yang melepasi perangkap offside. GEMA FC seharusnya menambah beberapa gol lagi pada separuh masa pertama melalui Matin dan Norizwan namun gagal menemui sasaran. Ketika perlawanan menghampiri pertengahan separuh masa kedua, GEMA FC memperoleh sepakan penalti apabila penyerang gantian, Harith dijatuhkan oleh pertahanan lawan. Walaupun terpaksa mengambilnya sebanyak dua kali, Faizul tetap tenang menyempurnakannya untuk gol ketiga GEMA FC. Gol keempat GEMA FC hadir melalui sepakan cantik pemain pertahanan, Hanif Shukri dari luar kotak penalti lawan yang terus menemui sudut kiri gawang, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah GEMA FC dalam 4 perlawanan terakhir.
17 JUNE 2012 - ZERO ONE FC (0) - DANAU KOTA CF (1)
Kemenangan tipis 1-0 Danau Kota cf ke atas Zero One fc telah melenyapkan status tanpa kalah Zero One fc selepas 7 perlawanan. Kemenangan penting ini amat bermakna buat Danau Kota cf utk mengukuhkan kedudukan 4 teratas dgn cabaran yg sengit diberikan oleh pasukan dari GEMA fc, Selayang fc dan Chekeliut fc. Permainan separuh masa pertama agak perlahan dan berhati-hati ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Namun sebaik babak kedua bermula dan Danau Kota cf berjaya mendahului hasil jaringan Saiful Azlan berpunca dari sepakan percuma hantaran ke far post dan tidak dijaga dengan mudah menewaskan penjaga gol Zero One fc. Tersentak dgn jaringan tersebut Zero One fc mengandakan asakan dan peluang terbaik yg diperolehi oleh Afif yg hanya berhadapan penjaga gol Danau Kota cf, namun dikecewakan dgn ketangkasan penjaga gol Danau Kota cf yg berjaya menepis bola tersebut. Gol penyamaan yg dicari gagal diperolehi sehingga ke wisel penamat.
Saturday, 16 June 2012
16 JUNE 2012 - ALIFF ALROJA (3) - JERNIH FC (2)
Kebangkitan yg ditunjukkan oleh pasukan Aliff Alroja mmg harus dipuji namun agak terlewat utk sekurang-kurang menduduki tangga ke 4. Hasil jaringan 2 gol dari Saiful Bahari dan dua kali Jernih fc bangkit utk menyamakan kedudukan hasil jaringan Shamly pemain paling senior dlm liga Jelajah GEMA ini dan Hafiz Azmi hasil daripada tendangan penjuru. Arif Mustafa muncul wira setelah mendapat lorongan cantik dan hanya berhadapan penjaga gol dan tenang menjaringkan gol.
16 JUNE 2012 - TDK FC (P) - CHEKELIUT FC (P)
Pihak pengurusan memohon maaf atas kesilapan teknikal yg tidak disengajakan dan perlawanan gantian setiap pasukan hanya perlu membayar RM80 sebagai tanda ganti rugi atas kesilapan ini. Pihak penganjur akan bertanggungjawab dan akan memastikan perkara ini sebagai pengajaran dan tidak akan berulang. Insyaallah.
16 JUNE 2012 - SELAYANG FC (0) - DEY-1 FC (0)
Keputusan seri ini menjejaskan peluang Selayang fc utk mara ke separuh akhir sekiranya Chekeliut fc dan GEMA fc berjaya mengutip mata penuh. Kedua-dua pasukan bermain agak berhati-hati dan keadaan pdg yg agak keras sedikit sebanyak menganggu rentak permainan. 2 kad kuning telah dilayangkan kepada Jawa dan Abdul Ghafar.
Wednesday, 13 June 2012
Laporan Minggu ke 8
Alhamdulillah minggu ke 8 berjalan dgn berjaya dan kerancakkan utk merebut 4 slot teratas dpt dirasai. Pertemuan top 2 dan bottom 2 berkesudahan kemenangan bergaya Zero One fc dan menjadi satu-satu pasukan yg belum tewas setakat ini dan keputusan seri antara Aliff Alroja vs TDK fc telah mengakibatkan PMCARE fc berada ditangga tercorot.
Zero One fc berjaya merampas takhta liga dan Mohd Fadzly dan Danial Syazwan berkongsi sebagai penjaring terbanyak dgn 8 gol.
Pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan kerana menunjukkan semangat kesukanan dan displin yg jitu demi melancarkan perjalanan Liga Jelajah GEMA ini.
Terdapat sikit perubahan jadual utk game week 10. Harap semua maklum. Utk pasukan Selayang fc vs Jernih fc akan bermain di pdg PPR. Harap En Mizan dpt hubungi sy sekiranya tidak tahu pdg. Sekian.

Monday, 11 June 2012
10 JUNE 2012 - TDK FC (4) - ALIFF ALROJA (4)
Terdapat 8 gol telah berjaya dihasilkan. Separuh masa pertama TDK fc telah membuka jaringan melalui Roswady hasil larian solo dan berjaya menjaringkan gol. TDK fc mendahului 2-0 hasil jaringan Nazri a.k.a York atas kesilapan pertahanan. Aliff Alroja bangkit sebelum wisel separuh masa dibunyikan hasil jaringan Saiful Bahri.
Sebaik 5 minit wisel separuh masa ke dua dibunyikan TDK fc berjaya menambah jaringan hasil rembatan Khairul Azry hasil lorongan cantik Nazri. Aliff Alroja berjaya mendapat tendakan penalti dan mudah disempurnakan oleh Al Anas. Tidak lama kemudian Nashran dari TDK fc berjaya menghasilkan gol dari jarak dekat. Sebelum itu TDK fc berjaya mendapat penalti namun gagal disudahkan oleh Roswady a.k.a Bohe.
Hasil kesilapan tersebut, Aliff Alroja telah menghukum TDK fc dgn 2 jaringan 5 minit sebelum wisel dibunyikan hasil jaringan Saiful Bahri yg berjaya menjaringkan hatrick pada perlawanan ini dan merupakan hatrick ke dua peribadi. .

10 JUNE 2012 - GEMA FC (3) - JERNIH FC (3)
GEMA FC gagal meraih tiga mata penuh apabila hanya sekadar seri 3-3 dengan Jernih FC dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. GEMA FC terlebih dahulu mencetak jaringan melalui gol "trademark" Hasif yang meloloskan diri dari sebelah kanan, berhadapan dengan penjaga gol lalu tenang merembat ke arah gawang. Namun Jernih FC bangkit dengan dua gol pantas; pertama melalui Rizal yang menyempurnakan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Kyaw, dan kedua melalui tandukan jarak dekat Hafiz Azmi. Pada separuh masa kedua GEMA FC menggandakan asakan dan hasilnya memperoleh gol penyamaan melalui Fawwaz yang menolak masuk hantaran lintang Ammar Roslan dari sebelah kiri. Beberapa minit kemudian GEMA FC memperoleh gol ketiga melalui Harith yang tenang mengawal bola di dalam kotak penalti lalu merembat menewaskan penjaga gol lawan. Namun ketika perlawanan hampir memihak kepada GEMA FC, Hafiz Azmi muncul menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan.
Sunday, 10 June 2012
09 JUNE 2012 - CHEKELIUT FC (3) - PMCARE FC (1)
Kemenangan ke 3 diperolehi Chekeliut fc secara tidak langsung mencerahkan peluang untuk merebut 4 slot teratas liga. 2 gol yg dihasilkan oleh Helmi hasil rembatan dan tonjol jarak 20 meter menggunakan kaki kiri yg berbisa serta 1 jaringan daripada Danial Syazwan penyerang berbisa dari pasukan Chekeliut fc telah meletakkan beliau berkongsi selaku penjaring terbanyak dgn 8 gol. PMCARE fc berjaya menjaringkan 1 gol melalui Fahmi. Kekalahan ini telah meletakkan pasukan PMCARE fc berada di tangga tercorot.
09 JUNE 2012 - ZERO ONE FC (2) - DEY-1 FC (0)
Perlawanan TOP two pada minggu ini telah menghasilkan mutu dan taktikal antara 2 pasukan terbaik liga. Kemenangan bergaya Zero One fc ke atas DEY-1 fc meletakkan mereka satu-satu pasukan yg belum tewas dalam liga Jelajah GEMA ini. Dgn kekebalan pertahanan Zero One fc meletakkan mereka mempunyai bolos yg paling kurang. Gol yang dijaringkan setiap separuh masa oleh Hafiz dan Syakir cukup buat Zero One fc merampas kedudukan takhta liga. 15 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Zero One fc bermain dgn 10 org setelah Shafiq Danial menerima kad kuning ke dua. Namun kelebihan ini gagal dimanfaatkan oleh DEY-1 fc sebaliknya Zero One fc berjaya mengekang asakan DEY-1 fc sehingga ke wisel penamat.
Thursday, 7 June 2012
LAPORAN MINGGU KE 7
Alhamdulillah minggu ke 7 berjalan dengan jayanya dan terima kasih diucapkan kepada pihak DBKL kerana telah membuat line dan memotong rumput. Keadaan padang yg selesa telah membantu mutu permainan yg baik dan beberapa keputusan yg mengejut telah terhasil pada minggu ke 7 dengan kekalahan Danau Kota cf dan Chekeliut fc pada lawan masing-masing secara tidak langsung telah merancakkan lagi liga dan kemenangan pertama diperolehi Aliff Alroja telah meletakkan TDK fc berada di tangga tercorot liga. Kemenangan Selayang fc mencerahkan peluang mereka untuk sekurang-kurangnya berada pada no 4. GEMA fc juga telah memperolehi kad kuning mereka yg pertama pada minggu ini.
Walaupun tidak bermain minggu ini, tahniah kepada DEY-1 fc kekal sebagai pendahulu liga dan Mohd Fadzly bin Jaafar kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 8 gol untuk 7 minggu berturut-turut.
Perlawanan utk 02 June akan diupdate kemudian. Pihak pengurusan mohon maaf atas kelewatan meng update blog dan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Jernih fc, Chekeliut fc dan PMCARE fc kerana mempermudahkan urusan ketika perubahan jadual dilakukan serta terima kasih kepada Razak Hashim selaku pengurus padang dgn melakukan follow up dengan pihak DBKL sehingga berjaya diselesaikan. Sekian

Subscribe to:
Comments (Atom)